suria

Ramai tiru personaliti demi keuntungan, imej dan suara Jackie Shroff dilindungi undang-undang

Shroff bertegas pertahan hak identiti.

PELAKON Bollywood Jackie Shroff berjaya mendapatkan hak perlindungan eksklusif berkaitan jenama dirinya termasuk imej, nama, suara dan personaliti.

Perkara itu diputuskan Mahkamah Tinggi Delhi, India selepas Shroff, 67, memfailkan tuntutan saman terhadap pihak yang menggunakan frasa serta imej mirip dirinya tanpa kebenaran.

Shroff berkata, dia gembira apabila pihak berkuasa mula memberi perhatian terhadap isu hak cipta selebriti di India yang sebelum ini sewenang-wenangnya dipergunakan dan dimanipulasi.

jackie shroff 2

Shroff lindungi hak peribadi.

"Setelah sekian lama selebriti tidak mempunyai sebarang cara menentang penyalahgunaan identiti tapi akhirnya perkara itu mula berubah.

"Saya gembira mahkamah telah mengiktiraf dan melindungi hak-hak ini secara progresif," katanya.

Mahkamah turut mengeluarkan perintah injunksi terhadap mana-mana pihak yang telah melakukan kesalahan serupa terhadap Shroff.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Keanu Reeves muncul di Thailand... Kerja jual sotong bakar, pandai pula bancuh kopi!

ARTIKEL BERKAITAN: Luang masa bersama, Taha Shah jawab gosip cinta Pratibha Ranta... Mahu kerja balas jasa ibu

Keputusan mahkamah itu juga turut melarang segala berkaitan dengan Shroff tidak boleh digunakan dalam semua bentuk media termasuk secara digital, penggunaan kecerdasan buatan (AI), GIF serta lain-lain berkaitan.

"Melindungi hak personaliti adalah penting untuk menjaga hasil kerja saya.

"Ia juga bagi mengelakkan timbul salah faham dalam kalangan peminat," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain