ANAK pelakon Angelina Jolie iaitu Shiloh Jolie-Pitt secara rasmi membuat permohonan di mahkamah bagi menggugurkan ‘Pitt’ daripada namanya. TMZ melaporkan Shiloh memfailkan permohonan itu pada 27 Mei lalu bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-18. Tindakan menggugurkan nama keluarga bapanya iaitu Brat Pitt kerana Shiloh enggan lagi ada kaitan dengan aktor tersohor tersebut. Angelina bersama lima orang anaknya. Tidak hanya Shiloh, adiknya iaitu pasangan kembar Vivienne Jolie-Pitt dan Knox Jolie-Pitt, 15, juga mahu membuang nama bapanya dalam pendaftaran. Malah Vivienne telah memperkenalkan nama baharunya ketika menghadiri beberapa acara. Sebelum ini, dua anak angkat pasangan itu, Zahara Jolie-Pitt, 19, dan Maddox Jolie-Pitt, 22, turut menggugurkan nama Brad. ARTIKEL BERKAITAN: Angelina Jolie tak suka tinggal di Los Angeles, bercadang pindah Kemboja... “Hollywood bukan tempat sihat” ARTIKEL BERKAITAN: Angelina Jolie akhirnya bersama Palestin, label pemimpin dunia zalim tak sokong genjatan senjata di Gaza Bagaimanapun mereka tidak memfailkan penukaran nama secara rasmi seperti dilakukan Shiloh. Angelina dan Brad mendirikan rumah tangga pada 2014 namun perkahwinan itu hanya bertahan selama lima tahun sebelum mereka bercerai. Pasangan itu turut mempunyai seorang lagi anak angkat iaitu Pax Thien Jolie-Pitt, 20 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!