suria

Konsert jelajah dibatalkan sebab tiket tak laku, Jennifer Lopez beri alasan mahu bercuti bersama keluarga

Pihak penganjur menafikan tiket konsert JLo tidak laku.

PENYANYI Jennifer Lopez membatalkan konsert jelajah This Is Me... Live yang sepatutnya dijadualkan berlangsung bermula 26 Jun ini.

Wakil penganjur konsert tersebut menjelaskan Jennifer, 54, mengambil keputusan membatalkan konsert jelajah Amerika Syarikat itu kerana mahu berehat bersama keluarga dan kenalan rapatnya.

Susulan itu, Jennifer atau JLo memohon maaf kepada semua peminat yang sudah pun membeli tiket menghadiri konsert tersebut.

Copy of Untitled (8)

Jennifer memohon maaf kepada semua pemianat

"Jennifer mengambil cuti untuk menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

"Tidak mudah dia membuat keputusan itu dan dia memohon maaf kerana membatalkan konsert tersebut," kata wakil penganjur.

Dalam pada itu, Jennifer dalam satu kenyataan pula meminta peminat memahami keadaannya kerana terpaksa membatalkan konsert.

"Saya turut rasa sedih kerana mengecewakan anda, tapi saya harap semua faham keputusan ini tidak akan saya buat jika saya tidak rasakan ia perlu," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jennifer Lopez bakal bercerai lagi, Ben Affleck sudah ‘angkat kaki’

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang bekas suami kembali ketagih alkohol, Jennifer Garner jadi orang tengah selamatkan perkahwinan Ben Affleck dan JLo

Bagaimanapun ramai merasakan alasan pembatalan konsert itu kerana Jennifer mahu bersama keluarga tidak logik.

Sebaliknya penjualan tiket yang rendah membuatkan pihak penganjur membatalkan keseluruhan konsert jelajah Jennifer.

Untuk rekod, Jennifer memulakan kerjaya sebagai penyanyi pada menerusi lagu If You Had My Love pada tahun 1999.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain