suria

Kes cerai belum selesai, isteri Joe Jonas didakwa sudah bertunang dengan kekasih

Sophie didakwa sudah bertunang dengan kekasihnya.

FOTO pelakon Sophie Turner memakai cincin emas di jari manisnya semasa percutian romantik bersama teman lelaki iaitu Peregrine Pearson di Capri Itali pada Sabtu lalu menarik perhatian netizen.

Perkara tersebut menimbulkan persoalan banyak pihak di media sosial sehinggakan ada yang mendakwa aktres itu sudah bertunang.

Sebelum ini, Sophie dan Paregrine membuat keputusan untuk mendedahkan hubungan percintaan mereka kepada umum pada Disember tahun lalu.

size NP 1 - 2024-06-03T151340.636

Cincin emas di jari manis Sophie timbul dakwaan dia sudah bertunang.

Perkara itu berlaku selepas tiga bulan perpisahan Sophie dengan suaminya, penyanyi Joe Jonas iaitu pada September tahun lalu..

Sementara itu, Joe pula sebelum ini dikatakan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta bersama model Stormi Bee.

Mereka bagaimanapun dikhabarkan sudah berpisah selepas lima bulan bercinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Kebahagiaan diri sendiri bukan keutamaan, Joe Jonas dan Stormi Bree berpisah

ARTIKEL BERKAITAN: Foto berpesta rosak reputasi Sophie Turner, selesai isu dengan Joe Jonas secara tertutup

Sumber memaklumkan Joe membuat keputusan meninggalkan teman wanitanya kerana jadual kerja yang padat dan memilih untuk mementingkan anak-anak.

Untuk rekod, Joe mendirikan rumah tangga dengan Sophie pada 2019 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Bagaimanapun pasangan itu memilih untuk berpisah pada September tahun lalu selepas empat tahun berkahwin dan sedang dalam proses penceraian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain