SEORANG peminat Madonna memfailkan saman atas dakwaan dipaksa menonton aksi lucah ketika menghadiri konsert penyanyi legenda itu pada 7 Mac lalu. Justen Lipeles memfailkan saman terhadap penyanyi 65 tahun itu kerana mengalami tekanan emosi, pengiklanan palsu serta pelanggaran kontrak bertulis ketika konsert yang diadakan di Kia Forum Los Angeles. Lipeles yang datang bersama adik perempuannya berusia 11 tahun mendakwa Madonna mengenakan pakaian menjolok mata selain melakukan aksi simulasi seksual yang dianggap pornografi tanpa amaran. Madonna didakwa berkelakuan tidak senonoh di atas pentas. "Bayangkan membawa kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ke konsert pop tetapi dipertengahan konsert ada wanita di atas pentas menanggalkan pakaian. "Mereka kemudiannya melakonkan aksi seksual termasuk seks oral dan kelucahan melampau yang lain," katanya wakil peguam Lipeles. Tidak hanya itu, Lipeles turut memfailkan saman atas dakwaan jatuh sakit selepas Madonna mengarahkan penghawa dingin lokasi konsert dimatikan. Selain itu, Lipeles juga mendakwa berasa tertipu apabila Madonna tidak menyanyi secara langsung dan tampil sejam lewat di atas pentas. ARTIKEL BERKAITAN: 1.6 juta penonton banjiri konsert, Madonna cipta sejarah terbaik sepanjang karier ARTIKEL BERKAITAN: Terjatuh dari kerusi diseret penari, netizen minta Madonna bersara "Penonton berpeluh macam orang gila. Ramai membayar tiket yang mahal tetapi terpaksa menonton dalam keadaan sengsara disebabkan penghawa dingin dimatikan. "Bukan sahaja penuh dengan aksi lucah, Madonna pun tidak menyanyi secara live," katanya. Pihak penganjur iaitu Live Nation turut disaman Lipeles. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!