suria

Dituduh tak pro rakyat, netizen lancar boikot Raffi Ahmad... “Gosip begini sudah biasa bagi saya”

Raffi mengatakan tak semua pengikutnya menyukainya

DIKECAM gara-gara tidak ikut serta menolak Rancangan Undang-undang Pemilihan Kepala Daerah (RUU Pilkada), pelakon Raffi Ahmad menerima kecaman hebat netizen.

Kata Raffi atau nama sebenar Raffi Faridz Ahmad, 37, dia tidak kisah jika ada yang melancarkan boikot dan akan tetap meneruskan membantu adik iparnya iaitu Jeje Govinda di Bandung.

“Kalau pengikut turun, itu tandanya saya sedang melakukan aktiviti pembersihan. Pembersihan ini mempunyai makna jika dilihat di Instagram,” katanya.

Raffi tak hirau dikecam.

Raffi tak hirau dikecam.

Bagi Raffi, dalam jutaan pengikut di akaun media sosialnya tidak semua yang mengikutinya itu menyukai dirinya.

Justeru itu, dia enggan memandang kecaman itu sebagai penghalang untuk terus berkempen dalam pemilihan ini.

“Ada juga yang tidak suka saya dan ingin menjatuhkan saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Thariq Halilintar menghitung hari bahagia, Raffi Ahmad tawar diri jadi pengacara majlis secara percuma

ARTIKEL BERKAITAN: Harga kesetiaan terbayar, Raffi Ahmad tanggung kos perkahwinan pekerja... Siap bagi hadiah pakej umrah

“Walau apa pun terjadi saya harus berhati-hati, saya pernah dituduh melakukan pengubahan wang haram dan sekarang dituduh tidak pro rakyat, gosip sebegini sudah biasa bagi saya.

“Saya berdiri di sini, walaupun tiada apa yang berlaku saya yakin saya dalam perkara yang tidak akan melampaui batas,” ujarnya.

Untuk rekod pelakon drama bersiri Diari Harian Baim ini menyokong dan membantu adik iparnya kerana sikap amanah, sabar serta jujur adik iparnya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain