PENYANYI rap Cardi B mengamuk selepas seorang pelayar X menuduhnya melakukan rawatan memutihkan kulit ketika sedang hamil. Cardi atau Belcalis Merlenis Cephus, 31, meminta individu tersebut agar menggunakan akal fikiran sebelum memuat naik sebarang tuduhan yang tidak berasas. Ciapan Cardi B di halaman X. Menyangkal melakukan sebarang rawatan seperti didakwa, Cardi sebaliknya menjelaskan kulitnya bertukar pucat selain banyak urat timbul disebabkan masalah anemia dihidapinya. "Buat rawatan putihkan kulit semasa mengandung? Kenapa awak sangat bodoh? Saya tidak buat perkara itu. "Saya ada anemia. Bayi ini telah menyebabkan saya menjadi pucat, mata hitam dan juga urat hijau keluar. Tolong henti fikir seperti itu," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Sehari selepas fail cerai terhadap Offset, Cardi B umum hamil anak ketiga ARTIKEL BERKAITAN: Cardi B cuba jadi hero, bertengkar dengan wanita sepak kereta orang awam Untuk rekod, Cardi sebelum ini mempunyai dua cahaya mata iaitu Kulture Kiara, 6 dan Wave Set, 3 tahun hasil hubungan bersama penyanyi rap, Offset. Bagaimanapun, hubungan tersebut tidak kekal lama apabila Cardi mengumumkan dia sudah menfailkan cerai terhadap Offset pada 1 Ogos lepas. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!