suria

Hana Ismail reda suami terima hukuman, mohon doa untuk kuat hadapi ujian

Hana reda dengan keputusan hakim yang menjatuhi hukuman 10 tahun penjara dan tiga sebatan pada suaminya.

ISTERI kepada pendakwah selebriti Da'i Syed iaitu Hana Ismail reda menerima keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara dan sebatan terhadap suaminya itu kerana kesalahan merogol.

Menganggap ujian itu sebagai nikmat kecil kehidupan, Hana, 38, turut memohon doa orang ramai untuk dia terus kuat berdepan takdir berkenaan.

"Alhamdulillah untuk segala nikmat yang sudah diberikan buat keluarga kecil kami.

size NP 1 - 2024-08-30T141327.557

Hana berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya.

"Di hari Jumaat penuh barakah ini, saya dengan rendah diri ingin memohon doa dan kebaikan daripada kalian.

"Salam sayang daripada Baba Nour (Syed), Ummi Nour (Hana) dan Nour (anak)," katanya menerusi satu hantaran di Instastory.

Dalam pada itu, Hana sempat berkongsi sebuah hadis Nabi Muhammad SAW menyentuh mengenai reda dengan ketentuan Allah SWT.

"Mata ini menangis dan hati ini bersedih. Namun kami hanya akan menuturkan apa yang diredai Tuhan kami,” dipetik daripada Hadis Riwayat al-Bukhari.

ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Syed dihukum penjara 10 tahun, tiga sebatan kerana merogol... Isteri sedang berpantang menangis dengar keputusan

ARTIKEL BERKAITAN: Da’i Syed bebas tuduhan jenayah seksual... Pengadu alami kemurungan, beberapa kali cederakan diri

Pada pagi Jumaat, Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohd Syaiful, 29, dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Untuk rekod, Syed mendirikan rumah tangga dengan Hana pada 3 Disember 2022.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata Bernama Sharifah Fatma Nour Jamalullail pada 14 Ogos lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain