suria

Kakak Sudirman meninggal dunia, Atai kongsi berita sedih pemergian ibu

Rodziah meninggal dunia pada hari Jumaat.

KAKAK kepada Allahyarham Sudirman iaitu Datin Rudiah @ Rodziah Arshad dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 12 tengah hari, Jumaat.

Berita sedih itu disahkan sendiri oleh anaknya iaitu penyanyi Razman Azrai Zainudin atau lebih dikenali sebagai Atai.

"Assalamualaikum, Mak Atai (Rodziah Arshad) sudah kembali ke rahmatullah tepat pada 12.08pm Jumaat, 30 Ogos 2024.

size NP 1 - 2024-08-30T133415.712

Momen ketika Atai menyambut hari raya Aidilfitri bersama Allahyarham.

"Atai ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang melawat mak, berdoa atau yang senantiasa mengingati mak ataupun yang menjadi sebahagian hidup mak Atai.

"Semoga rohnya berada di kalangan orang-orang yang beriman," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Usaha mStar mendapatkan maklumat lanjut tidak berjaya apabila panggilan dibuat tidak berjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudirman Selepas 19 Tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Rodziah lupakan niat buat lauk kegemaran Sudirman

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan takziah dan mendoakan Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

"Salam takziah buat Atai sekeluarga, semoga dipermudahkan urusan pengebumian selepas ini.

"Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan bertaqwa.

"Salam Takziah buat keluarga Razman Azrai dan sekeluarga," tulis netizen.

size NP 1 - 2024-08-30T133633.041

Berita pemergian arwah Rodziah disahkan anaknya.

Atai sebelum ini ada memuat naik status di laman sosial memberitahu ibunya menghidapi suatu penyakit yang amat berat.

Bagaimanapun untuk menjaga privasi arwah, Atai memilih untuk tidak mendedahkan mengenai penyakit itu.

Untuk rekod, arwah merupakan anak kedua daripada sembilan adik-beradik termasuk dua orang adik tiri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain