suria

Air mata Aya Amiruddin buat ramai panik, menangis bukan sebab kemalangan tapi rindu arwah ibu bapa... “Saya tiada sesiapa di dunia ini”

Aya sedih teringat ibu bapa selepas alami kemalangan.

SIAPA sangka di sebalik karakter kental dan kelakar, personaliti media sosial Aya Amiruddin rupa-rupanya seorang yang berhati tisu.

Sejak pemergian ibu bapanya, Aya, 27, memberitahu emosinya sering terganggu setiap kali jatuh sakit kerana sedar dia sendirian di bumi ini.

“Sejak arwah ibu dan abah tiada, setiap kali jatuh sakit memang saya beremosi sebab rasa macam saya tiada sesiapa di dunia ini.

size NP 1 - 2024-08-29T132553.494

Aya alami kemalangan jalan raya di Langkawi.

“Dari kecil kalau sakit, parents memang bagi sepenuhnya perhatian, jadi bila mereka tiada sekarang ini... Saya rasa sangat sedih dan pilu,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, Aya memuat naik video memaparkan dia menangis sambil bercerita mengenai kecederaan dialami pada bahagian lutut menerusi InstaStory pada Rabu.

Mengakui perkongsian itu mengundang rasa terkejut ramai pihak, Aya bagaimanapun tersentuh hati dengan perhatian dan kata-kata semangat yang diberikan pengikutnya.

“Mungkin mereka risau dan terkejut melihat saya menangis, mereka ingat teruk. Tapi tak sebenarnya ia lebih kepada rindukan arwah mak dan abah.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aya Amiruddin sokong keputusan sahabat pakai hijab, Noreen Iman tetap ‘gila-gila’

ARTIKEL BERKAITAN: Tertipu tawaran ‘bluetick’, akaun Aya Amiruddin kena godam... Scammer minta gambar bogel sebagai ganti

“Saya gembira ramai sebenarnya yang kisah dan ambil peduli dengan saya. Ramai rupanya yang risaukan dan tanya keadaan saya,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai keadaannya, Aya menjelaskan punca kecederaan dialaminya disebabkan kemalangan kecil ketika menunggang motosikal di Langkawi.

Mujur tiada apa yang serius, Aya memaklumkan kecederaan itu juga kini semakin pulih malah keadaan emosinya juga lebih baik.

size NP 1 - 2024-08-29T132105.459

Aya rindu kasih sayang ibu bapa.

“Jumaat lepas saya ada pengambaran di Langkawi, kami sewa motor di sana untuk jalan-jalan tapi nasib tak baik saya terjatuh.

“Habis koyak lutut saya sebab kena sagat. Mula-mula doktor suruh jahit tetapi saya minta untuk usaha cara lain sebab saya memang penakut.

“Jadi lepas pemeriksaan dia kata luka ini tak begitu dalam dan tak perlu dijahit. Beberapa hari luka sudah semakin kering dan saya pun semakin okay, biasalah menangis sikit,” kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain