PELAKON Eyra Hazali bengang dengan sikap segelintir ibu bapa yang mahu menunjukkan diri mereka lebih baik dalam membesarkan anak-anak sehingga sanggup mengkritik cara orang lain. Eyra atau Hazirah Qasdina Hazali, 25, berkata, apa menyedihkan golongan ini lebih gemar mengkritik dan bukan cuba untuk mendidik terutamanya kepada golongan 'new parents'. "Saya ada nampak satu video 'new parents' guna tempat mengendong bayi tetapi ramai komen jadi 'terpaling parents' nak tunjuk dekat mereka kononnya paling bagus. Eyra meluahkan perkara itu menerusi hantaran di TikTok miliknya. "Mungkin pasangan tersebut guna dengan cara kurang tepat tetapi janganlah orang lain jadi 'terpaling parents'. Komen-komen ditinggalkan bukan lagi berbentuk pendidikan tetapi lebih kepada berlagak dan rasa diri paling bagus. "Memang tak patut komen begitu, membazir tenaga hanya untuk kondem orang lain. Netizen yang komen itu seumpama tak pernah jadi 'new parents' ke sebelum ini?," soalnya. Eyra meluahkan perkara itu menerusi satu hantaran di aplikasi TikTok milknya pada Rabu. Dalam pada itu, Eyra berharap golongan ibu bapa yang sudah mempunyai pengalaman membesarkan anak-anak sebaiknya meninggalkan komen berbentuk nasihat berbanding mencari kesalahan. ARTIKEL BERKAITAN: Hampir dapat kembar, Eyra Hazali umum hamil anak ketiga ARTIKEL BERKAITAN: Muntah tak henti-henti, buah pinggang anak Eyra Hazali kering "Tolonglah ibu bapa di luar sana, kalau lihat ‘new parents’ baru jadi ibu bapa, cakap elok-elok. Tiada yang salah kalau cakap dengan sopan, tak perlu keluarkan duit pun kalau beri nasihat dan ilmu dengan cara yang elok. "Ada komen seperti ‘kesiannya budak itu dapat mak bapa macam itu’, sangat menjatuhkan motivasi seseorang. Selepas ini, jangan nak berlawan ‘terpaling parents’. "Saya yang sudah ada anak dua dan mahu masuk yang ketiga, saya masih belajar untuk menjadi ibu. Saya percaya semua ibu bapa di luar sana juga sama macam saya. Cabaran terbesar ibu bapa adalah untuk membesarkan anak-anak," jelasnya. Eyra sedang menanti kelahiran cahaya mata ketiga. Untuk rekod, Eyra bernikah dengan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Haziq Nadzli pada 1 November 2019. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish, 4, dan Muhammad Endra Haqimie, 2 tahun. Pada 29 Mei lalu, Eyra berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dia kini sedang hamil anak ketiga. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!