suria

Konsert dan dokumentari kembara di Eropah, impian Alif Satar temu bual Zinedine Zidane dan Cat Stevens hampir terlaksana

Alif pasang impian mahu menemu bual Zidane dan Stevens.

IMPIAN artis serba boleh Alif Satar bertentang empat mata dengan bintang bola sepak Zinedine Zidane dan penyanyi Cat Steven bakal terlaksana tidak lama lagi.

Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, 34, berkata, dia tidak menyangka pihak produksi dokumentari Beyond Borders Kita Sama cuba mendapatkan dua figura tersohor dunia itu untuk dipaparkan dalam program kendaliannya.

“Rancangan untuk temu bual Zinedine Zidane dan Cat Stevens memang menjadi harapan saya sebenarnya.

size NP 1 - 2024-08-29T154249.284

Alif pasang impian temu bual Zidane dan Stevens.

“Kami pun baru dapat tahu daripada pihak produksi yang kami mungkin berpeluang berjumpa figura Islam berpengaruh di luar negara.

“Pada awalnya, saya beritahu nama saja tapi tak sangka pula pihak produksi sanggup usahakan impian itu,” katanya kepada mStar.

Alif berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Konsert Beyond Borders Kita Sama yang berlangsung di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur pada Khamis.

Manakala program Beyond Borders Kita Sama bakal menjalani penggambaran yang dijadualkan berlangsung di Perancis dan United Kingdom bermula 30 September depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Alif Satar di UK April ini, ambil peluang teruskan fenomena ‘Geng Subuh Macam Jumaat’

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar peka sensitiviti agama, konsert bukan di gereja tapi dewan komuniti

Mengulas lanjut mengenai perancangan itu, Alif memberitahu dia masih belum memikirkan topik yang akan dibincangkan bersama dua figura tersebut.

Namun, penyanyi itu berhasrat untuk memanfaatkan temu bual dengan pengisian menyentuh tentang Islam dan topik yang dekat dengan jiwa masyarakat.

“Saya sekarang pun tak tahu nak tanya mereka tentang apa, tapi yang pastinya nak pengisian program mengenai perjalanan mereka mengenali Islam.

“Dan saya pun teringin nak tahu bagaimana mereka boleh bertahan hidup sebagai seorang Muslim di sebuah negara majoritinya bukan Islam.

Rancangan untuk temu bual Zinedine Zidane dan Cat Stevens memang menjadi harapan saya sebenarnya.

ALIF SATAR

PENYANYi

“Zaman sekarang ini kita lihat isu seperti sukan, muzik dibincangkan sekali dengan agama. Jadi saya rasa ia cukup sesuai dengan cita rasa orang ramai,” jelasnya.

Selain program tersebut, Alif besrsama kumpulannya iaitu Alif Satar And The Locos (ASTL) bakal tampil dengan konsert dan program kembara Beyond Borders Kita Sama pada Oktober depan.

Lebih menarik konsert ini turut menampilkan kerjasama ASTL bersama kumpulan Raihan buat julung kalinya.

Berbicara mengenai kolaborasi tersebut, Alif menyifatkan ia sebuah pencapaian yang membanggakan apabila dapat beraksi sepentas dengan kumpulan nasyid tersohor itu.

size NP 1 - 2024-08-29T150430.577

Alif ditemui pada di Sidang Media Konsert Beyond Borders Kita Sama.

“Saya memang nak berkerjasama dengan Raihan, dari dulu lagi impian itu... Apabila diberi peluang sepentas dan sama-sama buat konsert, ia merupakan penacapaian yang besar buat ASTL sendiri.

“Kita tahu nama Raihan sangat besar, bukan di Malaysia tetapi di luar negara juga. Mereka ada pendengar dari semua lapisan umur, bangsa dan warna kulit. Jadi saya rasakan ini satu peluang yang baik,” kongsinya.

Konsert yang dianjurkan oleh Syarikat Light Upon Light ini dijadualkan berlangsung di Paris, Perancis pada 6 Oktober 2024 dan London manakala di United Kingdom pada 11 Oktober 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain