GARA-GARA memperagakan koleksi baju pengantin, ramai menyangka pelakon Kilafairy sudah mendirikan rumah tangga. Tidak terhenti di situ, carian 'husband Kilafairy' muncul di TikTok apabila ramai mahu melihat wajah jejaka yang berjaya menambat hati aktres berkenaan. Kila atau Syakila Nisa Jahangir Khan, 32, bagaimanapun menyangkal dakwaan dia sudah bergelar isteri orang. Peminat memulakan carian tentang 'suami' Kila. "Tak, belum kahwin. Tiada guys (suami)," katanya. Kila menulis perkara tersebut di Instagram miliknya pada Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Kilafairy beli rumah sebelum umur 30 tahun, tapi lebih selesa menetap di kediaman arwah ibu... “Setiap sudut mengingatkan saya kepada dia” ARTIKEL BERKAITAN: Ramai sayang Rohana Jalil, ada nak sedekah pasang batu nisan... Kilafairy sebak sarung pakaian lama arwah Dia sebelum itu berkongsi video terlibat dalam sesi fotografi koleksi pakaian pengantin hasil rekaan Shanel Harun. Disebabkan tidak meletakkan sebarang kapsyen ramai yang salah faham kerana video berkenaan juga memperlihatkan Kila duduk di kerusi seolah-olah di atas pelamin. Kila bekerjsama dengan Shanel (kiri) untuk koleksi baju pengantin. Dalam masa sama ketika dihubungi, pelakon ini hanya melauhkan rasa syukur dan menganggap setiap ucapan yang diterima itu sebagai doa. "Ramai yang mendoakan perkara baik untuk saya. Alhamdulillah. Saya bersyukur," jawabnya ringkas kepada mStar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!