suria

Aliff Syukri cerita kejadian sebenar diganggu lelaki warga asing, tak tergamak buat laporan polis - “Saya rasa dia tak siuman”

Aliff takut ketika lelaki warga asing buka zip seluar di hadapannya.

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan lelaki warga asing yang cuba melakukan perbuatan lucah terhadapnya sebenarnya sudah pun membuka zip seluar ketika kejadian.

Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, berkata, sejurus melihat lelaki tersebut membuka zip seluar dia terus memalingkan wajah kerana berasa ketakutan.

"Sebenarnya dia sudah pun buka zip seluar, disebabkan takut nak tengok saya terus pusingkan telefon ketika sedang merakam.

size NP 1 - 2024-08-28T160649.708

Aliff rasa lelaki warga asing menyergahnya tidak siuman.

"Dia macam perompak tapi saya sebenarnya sudah berdepan situasi sama sebanyak tiga kali namun berjaya melarikan diri.

"Niat saya muat naik video tersebut sebab nak beri kesedaran pada orang awam supaya lebih berhati-hati... Saya tak trauma cuma takut diapa-apakan," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Aliff menyangkal dakwaan insiden itu merupakan perkara dirancang demi perhatian sebaliknya benar-benar berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki warga asing ditahan polis, bantu siasatan kes perbuatan lucah terhadap Aliff Syukri

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri ketakutan, cemas lelaki tak dikenali datang sergah mahu buka zip seluar

Malah Aliff mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang menghubunginya dan meminta dia membuat laporan polis.

Namun usahawan itu berkata dia tidak sampai hati kerana merasakan lelaki warga asing itu berada dalam keadaan tidak siuman.

"Bukan konten tapi perkara itu realiti... Saya nak ucapkan terima kasih kepada pihak polis yang ada hubungi saya dan minta saya ke balai untuk buat laporan.

553 (11)

Lelaki warga asing sudah ditahan pihak polis.

"Saya bukan tak nak buat laporan polis cuma saya rasa dia tak pukul, rogol atau apa-apakan saya.

"Jadi saya tak sampai hati sebab saya rasa orang itu tidak siuman ataupun gila," jelasnya.

Pada 20 Ogos lalu, Aliff memuat naik rakaman dia diganggu lelaki warga asing menyergahnya sehingga mahu membuka zip seluar.

Selang lima hari kemudian, lelaki itu ditahan pihak polis dan siasatan lanjut dijalankan mengikut seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain