suria

Tiada kaitan tapi tetap prihatin, Real XPDC mahu beri sumbangan sehingga Ali sembuh 

Eddy mangakui terkejut mengetahui perkembangan terkini Ali.

KUMPULAN Real XPDC kesal apabila ada pihak menuduh mereka mengabaikan kebajikan vokalis XPDC iaitu Ali yang kini ditimpa masalah kesihatan sehingga memerlukan bantuan kebajikan.

Tampil menjelaskan salah faham tersebut, wakil Real XPDC iaitu Eddy Badry menegaskan pihaknya tiada sebarang kaitan dengan Ali memandangkan mereka bukanlah daripada kumpulan yang sama.

Jelasnya, dia juga tidak mengenali Ali secara rapat apatah lagi berkongsi masalah.

Copy of Untitled (87)

Eddy mengaku tidak kenal rapat dengan Ali.

"Terkejut saya Ali XPDC masuk rancangan Bersamamu TV3, saya tak tahu langsung mengenai hal ini sehingga kelmarin (Isnin).

"Ramai marah dan mendakwa kami tidak memperdulikan Ali yang pernah menjadi vokalis XPDC.

"Bukan tak peduli tetapi saya hanya terlibat dengan XPDC ketika arwah Syed Ismail Syed Ibrahim dalam XPDC dan Real XPDC.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tubuhkan, patut respek!” - Eddy Badry bengang ada pihak ugut penganjur, sekat ‘job’ Real XPDC

ARTIKEL BERKAITAN: XPDC dipatenkan sejak 26 tahun lalu, pihak cuba guna nama sama perlu dapat kebenaran

"Ali masuk XPDC ketika saya bersama Mael dalam Real XPDC, saya tidak pernah menguruskan Ali dan tidak pernah rapat dengannya," katanya ketika dihubungi mStar.

Real XPDC dianggotai oleh Adeen (vokalis), Zid Kidal (gitar), Alend (dram) dan Yusman (bass).

Manakala XPDC pula dianggotai Ali (Vokalis), Izo dan Ariff (gitar), Lola (dram) serta Eddie (bass).

Kami bercadang membantu Ali secara tetap setiap bulan sehingga sembuh.

EDDY BADRY

WAKIL KUMPULAN REAL XPDC

Bersimpati dengan nasib menimpa Ali, Eddy memberitahu kesemua anggota Real XPDC bersepakat untuk membantu meringankan beban Ali menerusi pemberian sumbangan setiap bulan.

Walaupun berbeza kumpulan, Eddy berasa bertanggungjawab membantu Ali memandangkan penyanyi itu banyak berjasa kepada perjalanan seni XPDC secara umumnya.

"Pernah dulu saya usaha bertemu dengannya di Kuantan. Kami pernah makan dan minum bersama namun selepas itu kami terputus hubungan.

Copy of Untitled (88)

Eddy berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Facebook.

"Oleh kerana dia ada jasa kepada XPDC, saya tak peduli jika kami rapat ataupun tidak.

"Saya berbincang dengan anggota Real XPDC untuk ambil sedikit daripada pendapatan kami untuk membantu Ali secara tetap setiap bulan sehingga sembuh.

"Cadangan ini masih belum disampaikan ke pihak Ali dan kami hanya beritahu di platform media sosial terlebih dahulu," jelasnya.

Sebelum ini, Eddy memuat naik perkongsian di Facebook menjelaskan tuduhan dilemparkan terhadap anggota kumpulannya pada Selasa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain