suria

Tak lagi kongsi hal peribadi di IG, Andi Bernadee trauma berdepan penyakit misteri... Enggan undang perkara negatif

Andi lebih berhati-hati jika mahu muat naik sebarang posting di IG.

PERNAH mendedahkan berdepan penyakit misteri, penyanyi dan pelakon Andi Bernadee kini lebih berhari-hati dalam membuat sebarang perkongsian di media sosial.

Kata Andi atau Andi Azrul Andi Mapangile, 33, dia tidak terlalu terbuka mendedahkan kisah peribadi sebaliknya lebih banyak memuat naik perkara berkaitan karier seni.

“Ramai tahu banyak perkara berlaku kepada saya sebelum ini dan sekarang ini saya ambil langkah kongsi kisah kerjaya sahaja.

size NP 1 - 2024-08-28T171022.167

Andi dedah berdepan penyakit misteri.

“Jika terlalu banyak kongsi berkaitan peribadi, saya rasa ia boleh mengundang kepada perkara negatif,” katanya kepada mStar.

Andi temui ketika majlis menandatangai kontrak bersama syarikat rakaman Universal Music Malaysia (UMM) yang berlangsung di Petaling Jaya pada Rabu.

Tambahnya dia kini lebih tenang apabila tidak ramai ambil tahu akan kehidupan seharian yang dilakukan di luar waktu kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Terkena buatan orang dan ditipu buat Andi Bernadee mahu tinggalkan dunia seni, masih dalam proses ‘healing’

ARTIKEL BERKAITAN: Andi Bernadee sudah sampai kampung, tak mahu insiden sambut raya di airport berulang

Sedar akan kepentingan media sosial, Andi juga kini lebih matang dan tidak mahu lagi memuat naik kandungan seperti sebelum ini.

“Saya sudah matang berfikir apa terbaik untuk diri. Buat masa sekarang saya lebih selesa sebagai pelakon. Saya bukan social influencer.

“Tapi tak tahu juga di masa akan datang. Mungkin saya akan terbuka nak kongsi kembali kegiatan di rumah seperti sebelum ini,” ujarnya.

size NP 1 - 2024-08-28T171009.017

Andi ditemui ketika majlis menandatangai kontrak bersama syarikat rakaman Universal Music Malaysia

Sementara itu, bercakap tentang kontrak bersama syarikat rakaman baharu, Andi mengharapkan permulaan ini akan membawa karier seninya lebih maju.

Malah dia juga menetapkan untuk tidak menerima sebarang tawaran berlakon sepanjang tahun ini untuk memberi fokus kepada penghasilan lagu baharu.

“Saya kira ini boleh dianggap mahu berubah angin. Ini satu fasa baru dalam kerjaya nyanyian.

“Dengan UMM saya nampak arah tuju selepas ini. Saya juga mahu fokus dalam nyanyian tahun ini dan tidak terima sebarabg tawaran berlakon,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain