suria

Fasih berbahasa Inggeris, Haniff Hamzah tak pernah belajar di luar negara... ‘Speaking’ di rumah sejak kecil

Haniff memberitahu dia dilatih berbahasa Inggeris sejak kecil.

PERALIHAN penyampai radio Haniff Hamzah ke radio Fly FM membuka mata ramai pihak terhadap kebolehannya berbahasa Inggeris.

Gara-gara itu, ada yang menyangka Haniff pernah melanjutkan pelajaran di luar negara sehingga membuatkan dia fasih berkomunikasi dalam bahasa tersebut.

Tidak pernah belajar di luar negara, Haniff, 39, sebaliknya memberitahu dia memang dilatih bercakap dalam bahasa Inggeris sejak kecil di rumah.

Copy of Untitled (77)

Haniff berkongsi perkara itu menerusi TikTok.

"Mereka ingat saya belajar di luar negara sampai boleh bagus berbahasa Inggeris tetapi sejujurnya saya belajar di Malaysia sahaja.

"Paling jauh saya pernah pergi pun dekat Negeri Sembilan, itu paling jauh sekali dari KL.

"Macam mana saya boleh berbahasa Inggeris dengan baik, sebab saya memang cakap guna bahasa itu di rumah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Trauma kegagalan rumah tangga dah berakhir, Haniff Hamzah akhirnya ‘move on’ selepas tiga tahun menduda

ARTIKEL BERKAITAN: Status rumah tangga, Haniff Hamzah akan jelaskan bila tiba masa sesuai, enggan anak-anak terkesan

Dalam pada itu, Haniff menjelaskan tahap pendidikan dan kerjaya ibu bapanya antara salah satu salah satu faktor dia fasih berkomunikasi bahasa berkenaan.

Malah dia turut diajar untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu mahupun dialek Kelantan Ketika di rumah.

"Mak saya belajar tinggi sampai luar negara, kat rumah memang dia bercakap dengan saya dalam dua bahasa termasuk dialek Kelantan.

553 (4)

Haniff kini beralih ke Fly FM.

"Ayah saya pula seorang tentera dan bos dia pun ramai dari England. Kalau kat rumah dia marah atau perkara serius, memang dia akan cakap dalam bahasa Inggeris.

"Sepanjang membesar bercakap bahasa Inggeris memang perkara normal untuk saya," jelasnya.

Haniff kini mengendalikan slot pagi Eh! It's Ean and Haniff on the Fly Breakfast bersama Ean Nasrun di Fly FM sejak 5 Ogos lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain