KONSERT kumpulan Cokelat yang dijadual berlangsung pada 7 September depan di Zepp, Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan. Perkara tersebut dimaklumkan oleh pihak penganjur Tanjak Global Services yang memaklumkan keputusan tersebut dibuat atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan. "Keputusan ini dibuat atas sebab yang tidak dapat dielakkan di luar jangkaan kami. Cokelat kini kembali aktif selepas sekian lama menyepi. "Ini adalah keputusan bersama kumpulan Cokelat dan mereka telah dimaklumkan tentang perkara ini," jelas penganjur dalam satu kenyataan media. Dalam masa sama pihak mereka juga memberitahu peminat boleh menebus semula pembelian tiket dengan bayaran penuh. "Pembeli tiket akan menerima bayaran penuh dengan kaedah pembayaran asal," jelasnya. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 12 tahun berpecah, Cokelat ubat rindu peminat 7 September depan ARTIKEL BERKAITAN: Cokelat Mahu Jadi Seperti Dewa Konsert Cokelat Kembali yang diumumkan pada Jun lalu merupakan acara istimewa buat peminat kumpulan asal Indonesia selepas 12 tahun mereka berpecah. Kumpulan ini dianggotai oleh Kikan (vokalis) Edwin (gitar) Ernest (gitar), Ronny (bass) dan Ervin (dram). Kesemua mereka sebelum ini memilih untuk membawa haluan masing-masing dan kembali bersama sebagai sebuah kumpulan dua tahun lalu. Kali terakhir Cokelat hadir membuat persembahan di Malaysia adalah sekitar 14 tahun lalu dan mereka cukup dikenali dengan lagu popular Segitiga dan Karma. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!