suria

“Nyawa aku hilang berbelas tahun...” - Mamat Sepah kini hos Dol’s Podcast, Shuib mahu sahabat kembali menyinar

Shuib umumkan Mamat bakal sertai Dol's Podcast.

KEMUNCULAN sebagai tetamu undangan dalam Dol’s Podcast membuka pintu rezeki baharu buat pelawak Mamat Sepah apabila dia dilamar untuk mengacarakan program itu.

Perkara ini dikongsi sendiri oleh salah seorang hos podcast tersebut iaitu pelawak Shuib menerusi video yang dimuat naik di TikTok.

Kata Shuib atau Shamira Muhammad, 40, pemilihan Mamat bukanlah gimik semata-mata sebaliknya mahu memberikan peluang buat sahabatnya itu kembali menyinar.

Copy of Untitled (75)

Mamat seakan tidak percaya dengan tawaran yang diberikan Shuib.

“Tahniah Mat, kau dalam Dol’s Podcast! Betul Mat, aku tak main-main... kau nampak aku tengah rakam sekarang.

“Jadi muka kau akan ada dekat billboard Dol’s podcast tau. Kita kene buat yang sehabis baik, Mat,” katanya.

Shuib berkongsi berita gembira itu kepada Mamat menerusi hantaran di laman TikTok miliknya pada malam Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Dol's Podcast dianggap tak berfaedah, Shuib minta tengok sampai habis sebelum ‘judge’ - “Ada episod ilmiah tapi tak banyak tontonan”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Keputusan berkahwin perkara tepat, podcast buat Shuk Sahar kembali diterima peminat

Selain Shuib, program Dol’s Podcast turut dikendalikan oleh Fizie dan Shuk Sahar.

Dalam video tersebut, terpancar riak gembira pada wajah Mamat selepas Shuib memaklumkan perkara itu.

Mamat atau Mohd Nor Murad, 39, menyifatkan tawaran Shuib itu seakan memberikan nyawa baharu buat dirinya di dalam Industri.

553 (3)

Dol's Podcast dikendalikan oleh Shuib, Fizie dan Shuk.

Malah, dia sanggup meminta isterinya untuk berhenti berkerja memandangkan dia bakal menerima gaji tetap setiap bulan.

“Kau bagi aku nyawa Ib (panggilan Shuib) selepas nyawa aku hilang berbelas tahun Ib. Meremang bulu roma aku.

“Kalau aku masuk Dol’s Podcast aku suruh bini aku berhenti kerja. Tak, dia yang nak berhenti... sebab dah ada gaji,” jelasnya.

Program Dol’s podcast mula bersiran sejak 17 Mac lalu menerusi platform digital seperti YouTube dan Spotify.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain