suria

Tak mahu sekadar tayang cantik, pelakon baharu Hana Tiha sanggup botak kepala jika diminta

Hana bersedia sekiranya diminta untuk botakkan kepala demi watak.

SEBAGAI pendatang baharu dalam dunia lakonan, pelakon Hana Tiha memberitahu dia sanggup mengubah penampilannya demi memenuhi tuntutan watak.

Tidak mahu hanya menayangkan wajah cantik, sebaliknya Hana atau Nur Fatiha binti Natenan, 27, berkata dia bersedia bereksperimentasi dengan pelbagai gaya berbeza.

Malah, dia mengakui tiada masalah untuk mencukur botak rambutnya sekiranya diminta oleh pihak produksi.

Copy of Untitled (41)

Hana sedia tampilkan sisi berbeza dalam setiap lakonannya.

"Saya sebenarnya lagi suka ubah penampilan untuk jayakan apa-apa watak, kadang-kadang saya yang cadangkan kepada pihak produksi.

"Saya tak mahu sekadar cantik depan skrin tetapi saya mahu tunjukkan sisi lain saya kepada penonton.

"Kalau diminta saya botakkan kepala pun saya sanggup demi tampilkan yang terbaik untuk setiap watak," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon baharu, Hariz Hamdan tak main TikTok di set penggambaran, bimbang hilang fokus - “Saya lebih suka berbual tanya tip daripada pelakon lain”

ARTIKEL BERKAITAN: Harap badan sado tapi lembik, Ruzaidi Abdul Rahman belum nampak pelapis pelakon aksi lelaki

Berkongsi pengalaman terpaksa memotong dan mewarnakan rambut demi watak, Hana memberitahu tindakannya itu merupakan bukti dia serius berada dalam industri seni.

Malah, dia mahu mencipta nama dengan bakat dan kesungguhan bukannya gosip semata-mata.

"Sebelum ini saya pernah dapat watak yang memerlukan saya potong rambut pendek dan warnakan rambu biru, itu kali pertama saya ubah penampilan saya demi jayakan karakter.

Saya tak mahu sekadar cantik depan skrin.

HANA TIHA

PELAKON

"Saya rasa ini usaha saya untuk orang di luar sana lihat dan kenal bakat yang ada dalam diri saya.

"Tetapi yang paling penting, saya nak mereka nampak kesungguhan saya berkerja untuk hidupkan setiap watak," kongsinya.

Dalam pada itu, Hana turut memaklumkan dia merupakan cucu saudara kepada pelakon veteran Datuk Jaluluddin Hasan.

Copy of Untitled (42)

Hana memberitahu dia merupaka cucu saudara kepada Jaluluddin Hasan.

Katanya, dia mula terinspirasi untuk terlibat dengan dunia seni selepas menonton lakonan datuk saudaranya itu di televisyen sejak kecil.

"Saya mula terinspirasi untuk jadi pelakon selepas tengok datuk saudara berlakon .

"Sejak kecil saya saya rasa berlakon ini macam menyeronokkan, dan tak sangka pula bila dah besar akan terjebak dengan dunia lakonan," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain