suria

Fatin Afeefa tak bagi anak jadi artis, kena belajar dan hafal al-Quran

Fatin Afeefa tidak mahu melihat anak-anaknya terlibat dalam dunia hiburan.

MAHU yang terbaik untuk dunia dan akhirat, pelakon Fatin Afeefa menegaskan dia sama sekali tidak mengizinkan anak-anaknya terlibat dengan dunia seni.

Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29, sebaliknya mahu melihat anak-anak cemerlang dalam bidang akademik serta bergelar penghafaz al-Quran.

"Saya tidak akan benarkan anak-anak saya berlakon atau masuk industri.

"Anak saya kena belajar, hafal al-Quran," katanya menerusi sesi siaran langsung di TikTok.

Copy of Untitled (49)

Fatin berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

Fatin berkongsi perkara itu bagi menjawab persoalan netizen mengenai penglibatan cahaya matanya dalam industri hiburan.

Meskipun menerima banyak tawaran, Fatin tetap tidak membenarkan anak-anak mengikut jejak langkahnya menjadi pelakon.

Malah, dia sebagai ibu berhak menentukan masa depan mereka apabila dewasa kelak.

"Tidak kisah apa pun orang nak cakap, tapi anak-anak saya tidak akan jadi pelakon.

ARTIKEL BERKAITAN: Tepis dakwaan hantar sekolah swasta membazir, anak Fatin Afeefa dapat 11 A dalam peperiksaan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fatin Afeefa undur diri dunia lakonan dan nyanyian, akur permintaan suami supaya jadi Muslim lebih baik"Walaupun ada yang tawarkan, jawapan saya tetap ‘no’, tidak boleh.

"Anak-anak saya di bawah jagaan saya, jadi saya berhak tentukan. Suka hati sayalah," jelasnya.

Sebelum ini, Fatin memilih untuk mengundurkan diri daripada dunia hiburan bagi memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga.

Katanya, keputusan itu dibuat kerana akur dengan permintaan suaminya iaitu Aliff Awang atau lebih mesra disapa Opai.

Copy of Untitled (48)

Fatin menjelaskan sebagai ibu dia berhak menentukan masa depan anak-anaknya.

Untuk rekod, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Aliff pada Disember 2022 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya, Selangor.

Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada Disember 2013, namun bercerai pada 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan cahaya mata perempuan Bernama Ivu Herra Sophia, 9 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain