suria

Khai Bahar tak tidur 2 hari, berdepan masalah insomnia... Tetap gigih bekerja selagi ada kudrat

Khai tidak boleh tidur selama dua hari kerana masalah insomnia yang teruk.

PENYANYI dan pelakon Khai Bahar mendedahkan dia pernah tidak tidur selama dua hari gara-gara masalah insomnia yang dihidapi.

Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 30, berkata, dia sudah mengalami perkara itu sejak tahun 2018.

Bukan itu sahaja, Khai juga memberitahu dia mudah berasa tertekan jika memikirkan sesuatu perkara secara berlebihan.

“Saya pernah sampai dua hari tak tidur sebab habis penggambaran pukul 12 pagi lepas itu 7 pagi ada kerja lain.

size NP 1 - 2024-08-26T121338.783

Khai pernah tidak tidur selama dua hari.

"Tak silap saya alami insomnia daripada 2018, tapi makin lama makin teruk dan kalau terlebih fikir boleh beri tekanan kepada saya.

"Paling minimum tidur tiga jam, bagi saya kalau dapat tidur untuk lima jam sahaja pun dah cukup," katanya kepada mStar.

Khai bagaimanapun berkata dia cuba membiasakan diri dengan situasi dialami itu tanpa sebarang rungutan.

Malah, kata penyanyi Luluh itu lagi, dia akan terus bekerja selagi kudratnya masih ada.

ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar pernah berdepan masalah anxiety, bergantung pada ubat untuk tidur

ARTIKEL BERKAITAN: “Mulanya saya risau”... Penerbit puji lakonan Khai Bahar, hebat bawa watak berat bermain emosi

"Tapi saya layankan saja... kalau dapat tidur memang akan tidur sepuas-puasnya.

"Kerja tetap kerja, jadi kalau fasal mata sembab ke apa belakang cerita.

"Selagi saya mampu dan masih ada kudrat untuk berkerja saya teruskan sahaja," jelasnya.

size NP 1 - 2024-08-26T121206.340

Khai dan Wany merupakan duta produk makanan mee segera Nongshim.

Menyedari pentingnya menjaga kesihatan diri, Khai memberitahu setiap dua tahun dia akan melakukan pemeriksaan bagi mengesan sebarang penyakit.

"Dua tahun sekali saya akan buat pemeriksaan kesihatan, jadi kalau ada kesan apa-apa masalah senanglah untuk dicegah atau mendapatkan rawatan awal.

"Setakat ni Alhamdulillah tiada sakit dan masih sihat," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain