suria

Trauma dengar bunyi hentakan, Nelissa Nizam tak malu mengaku pernah jadi mangsa keganasan rumah tangga sejak kecil

Nelissa masih terkesan sekiranya diminta berlakon babak berunsur penderaan.

TIADA apa yang perlu diselindung, pelakon Nelissa Nizam mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak kecil.

Gara-gara pengalaman lampau itu, Nelissa atau Nelisaa Edreena Nizam, 26, berdepan kesukaran untuk melakonkan babak berunsur penderaan fizikal ketika pengambaran Drama Bawah Payung Awan.

"Saya akui susah untuk saya bawa babak yang ada unsur keganasan rumah tangga. Semasa pengambaran banyak babak yang menganggu saya.

Copy of Untitled (29)

Nelissa berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

"Kenapa? Sebab saya pernah lalui pengalaman itu ketika kecil. Setiap babak yang saya jayakan perlukan saya ambil masa seketika untuk tenangkan diri.

"Bunyi hentakan kuat pun masih buat saya terkejut sampai sekarang," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Nelissa berkongsi perkara itu menceritakan pengalamannya menjalani pengambaran drama tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tonton ‘Bawah Payung Awan’ secara haram, Nelissa Nizam sedih hasil kerja tak dihargai - “Macam mana kita nak maju?”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita ada adab dan budaya kena jaga” - Nelissa Nizam berhati-hati pilih watak, bimbang cetus kontroversi

Dalam pada itu, Nelissa memberitahu dia tidak malu berkongsi pengalaman pahitnya itu secara terbuka.

Malah, fokusnya kini adalah untuk kembali bangkit dari masa lampau dan berusaha untuk mengubah nasibnya.

"Tapi saya tak malu untuk cerita pengalaman saya sebab saya tahu ramai yang dekat luar sana lalui benda yang sama.

553 (1)

Nelissa menagkui dia kini sudah semakin kuat.

"Apa yang kita lalui, tidak semestinya anak kita nanti juga patut lalui. Kita ada pilihan untuk cuba mengubah nasib kita.

"Alhamdulillah apa yang terjadi pada sebelum ini sudah tiada kesan kepada saya. Saya dah semakin kuat dan tak akan lagi menjadi mangsa," jelasnya.

Drama Bawah Payung Awan mula disiarkan menerusi platform penstriman Viu sejak 13 Jun lalu.

Selain Nelissa, drama ini turut menampilakan Nabila Razali, Ben Amir, Muaz Zabir dan Kodi Rasheed.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain