ISTERI kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh menegur segelintir netizen yang berasa kurang senang melihat dia memilih untuk berbaik semula dengan suami tercinta. Kata Fara, andai tindakannya untuk menyelamatkan rumah tangga itu tidak disenangi, dia meminta netizen supaya tidak lagi mengikutinya di media sosial. "Di Instagram ada butang ‘unfollow’ dan ‘block’. Fara dan Shuk sedang melakukan ibadah umrah bersama. "Bagi sesiapa yang tidak suka saya atau tak suka melihat saya kembali kepada suami dan memperbaiki hubungan kami, sila jauhkan diri daripada Instagram saya. "Jangan komen yang bukan-bukan di sini. Assalamualaikum," katanya menerusi satu hantaran di Instastory miliknya pada Ahad. Kemelut rumah tangga pasangan ini menjadi bualan hangat netizen selepas Fara menerusi Thread menulis luahan hatinya dengan berkata dia sudah cuba mencari jalan penyelesaian konflik mereka namun suaminya tidak pernah berubah meskipun sudah banyak berbincang. ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar dan Fara Salleh tunai umrah bersama, netizen lega hubungan dah pulih minta jangan cerai ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh mengaku minta cerai, tak tahan perangai Shuk Sahar... “Berubah tapi sekejap saja” Bagamanapun Fara dan Shuk memilih jalan damai apabila kedua-duanya dilihat terbang ke Tanah Suci mengerjakan ibadah umrah bersama. Untuk rekod, Fara dan Shuk mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu dan ini merupakan perkahwinan kedua buat pelawak itu. Syuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera dan bercerai pada 22 Mac 2023. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!