suria

Remy Ishak terima gelaran Datuk, Ashraf Muslim pula dapat pingat Bintang Khidmat Terpuji

Remy hadir bersama isteri ketika istiadat pengkurniaan pingat.

PELAKON Remy Ishak kini bergelar Datuk selepas menerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bersempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka iaitu Tun Mohd Ali Rustam pada Ahad.

Remy atau Mohamad Zalimei Ishak, 42, yang dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) menyifatkan kurniaan itu sebagai pemangkin semangat untuknya bekerja dalam industri seni.

remy ishak 2

Remy mahu beri semangat kepada lebih ramai anak muda.

"Alhamdulillah, rezeki. Ini adalah sebab kenapa saya perlu lebih bekerja keras.

"Ini sekali gus memberi galakan kepada anak-anak muda di negeri ini untuk mengejar cita-cita mereka," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan publisiti murahan, isteri ‘back up’ Remy Ishak tindik hidung

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil imej bertindik hidung, Remy Ishak tak peduli jika dikecam... “Ini cuma sekadar fesyen”

Istiadat penganugerah itu berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.

Sementara itu seorang lagi anak seni yang turut menerima anugerah adalah pelakon Ashraf Muslim.

Ashraf dianugerahkan Bintang Khidmat Terpuji (BKT) yang pernah membawa watak Sultan Melaka dalam Hikayat Hang Tuah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain