suria

Sarah Hilderbrand beri bayangan sudah kembali bergelar isteri, jejaka ‘mat salih’ jadi pilihan hati

Sarah membalas ucapan tahniah yang diberikan di laman sosial miliknya.

PELAKON Sarah Hilderbrand memberi bayangan dia kini kembali berumah tangga dengan seorang jejaka mat salih.

Menerusi gambar yang dimuat naik di laman sosial miliknya, Sarah atau Nur Sarah hilderbrand Asyraf Hilderbrand, 34, kelihatan berpelukan dengan lelaki berkenaan.

Dia turut memuat naik gambar jarinya memakai cincin dengan batu pertama berwarna hitam.

sarah 2

Sarah juga pernah berkongsi gambar lelaki sama di Instagram sebelum ini.

Sarah juga dilihat memakai baju kebaya dan bertudung manakala lelaki berkenaan mengenakan sut dipercayai selepas majlis pernikahan mereka.

Meskipun hanya meletakkan kapsyen ringkas emoji senyum, namun Sarah seakan tidak menafikan khabar tersebut apabila dia membalas ucapan tahniah daripada rakan-rakan.

Antara rakan artis yang meninggalkan ucapan buat Sarah adalah Serina Redzuan, Hafreez Adam dan Zarina Zainuddin.

ARTIKEL BERKAITAN: Berpakaian dalam depan cermin, selulit dekat paha Sarah Hildebrand pula jadi usikan

ARTIKEL BERKAITAN: Sarah Hildebrand bergelar isteri kepada jejaka kacukan Filipina-Amerika - “Suami peluk Islam pada September lalu”

Pada tahun 2022 Sarah membuat keputusan untuk meninggalkan Malaysia dan menerima tawaran untuk berkhidmat dengan Tentera Udara Amerika Syarikat.

Dia sebelum itu juga mengumumkan untuk mengundur diri daripada terus terlibat dalam dunia seni.

Sarah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki bernama Otto Gillen pada tahun November 2019 namun bercerai tidak lama kemudian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain