suria

Jangan syok sendiri dan banyakkan belajar... Zara Zya kongsi jatuh bangun dalam perniagaan, usah malu bertanya

Zara pastikan setiap produk yang dihasilkan selamat digunakan.

BUKAN sekadar bergelar pelakon, Zara Zya juga merupakan seorang usahawan yang telah banyak kali tampil dengan pelbagai rangkaian produk menggunakan namanya.

Pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan juga mengajar Zara untuk tidak berputus asa dan sentiasa yakin ada peluang untuk dia terus mengembangkan nama dan jenama produknya.

Dalam masa sama, pemilik nama penuh Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 39, ini juga yakin peredaran zaman termasuk perkembangan media sosial merupakan salah satu platform baik untuk pemasaran produk.

zara zya 1

Pengalaman lalu banyak mengajar Zara menjadi lebih berani.

Bagaikan tidak pernah kenal erti penat, mStar berkongsi pengalaman Zara sebagai seorang usahawan selebriti di samping kerjaya dunia seni.

Terbaharu pelakon ini berani menceburkan diri sebagai rakan kongsi sebuah produk minuman kesihatan jenama Appecut.

1. Sebagai seorang usahawan bagaimana Zara berdepan dengan pelbagai cabaran dunia perniagaan?

Sudah lama saya terlibat dalam perniagaan dan pelbagai produk saya buat. Macam-macam cabaran saya lalui kerana dunia perniagaan ini ada pasang-surut. Kita kena bijak untuk atasi ujian dengan tenang, jangan cepat melatah dan banyak belajar.

Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Jika tidak mampu buat sendiri, kenalah banyak bertanya... mungkin orang lain tahu cara untuk atasi masalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Zoey Rahman kongsi sepak terajang dunia perniagaan, rakan selebriti pun dengki sebar cerita buruk

ARTIKEL BERKAITAN: Tolak tepi rasa penat, Shakilla Khoriri gigih jual sambal demi anak... Berhabis wang simpanan buat modal niaga

2. Bekerjasama sebagai rakan kongsi, apa yang membuatkan Zara yakin produk ini mampu untuk berkembang di pasaran?

Sebenarnya produk ini sudah berada di pasaran sejak 2018. Apabila diajak untuk bekerjasama tahun lalu saya tampilkan dengan idea perisa dan nama baru iaitu Peace. Sesuai dengan kegunaan produk ini saya rasakan dalam dunia sekarang perlukan ketenangan.

Penglibatan saya juga sebagai satu langkah untuk terus memasarkan produk dengan lebih meluas. Sebelum ini lebih tertumpu kepada offline sahaja, tetapi kali ini kita juga aktif di media sosial dan jualan secara atas talian.

zara zya 3

Zara tidak mahu lepas peluang ceburi dunia pernigaan.

3. Menggunakan nama dan wajah dalam mempromosikan produk adakah Zara terlibat sama dalam urusan penghasilan produk?

Mestilah saya ambil tahu semua perkara. Malah kali ini saya juga cadangkan untuk tampil dengan perisa dan idea bungkusan baru. Kalau tidak terlibat rasanya macam syok sendiri.

Ini juga produk makan, jadi saya sendiri perlu serasi dengannya. Saya mahu rasa dekat dengan produk yang dipasarkan ini.

4. Tampil dengan produk kesihatan, adakah Zara sudah pastikan ia selamat untuk digunakan?

Sekarang ini setiap kilang penghasilan produk perlu ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Saya sendiri pasti semua itu ada. Produk ini pun sudah lama berada di pasaran dan ramai tahu akan keberkesanannya.

Jika ada yang kecam itu adalah perkara biasa. Orang mungkin anggap saya tidak perlu ambil produk sebegini sebab dah kurus, tetapi ramai tidak tahu saya juga adalah masalah pada bahagian pinggul dan pinggang. Jadi saya akan sentiasa terangkan cara terbaik untuk pengambilan produk sebegini.

zara zya 4

Sebagai pelakon dan usahawan, Zara perlu bijak dalam pengurusan masa.

5. Bagaimana Zara menguruskan masa antara bidang perniagaan dan juga kerjaya sebagai pelakon?

Dalam perniagaan ini memang tak banyak masa untuk rehat. Kenalah rajin sebab kalau malas semuanya tidak akan menjadi. Saya tahu untuk bahagikan masa sebaik mungkin. Jika tidak terlibat dalam penggambaran fokus diberikan sepenuhnya dalam perniagaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain