suria

Aslam sahkan bayi sulung bersama Marissa meninggal ketika dilahirkan, sudah maklum kepada Norman Hakim

Aslam mengaku berita Marissa keguguran adalah benar.

LAPORAN mengenai pempengaruh media sosial Marissa Dania Hakim kehilangan bayi sulung selepas bersalin pra matang adalah benar.

Perkara itu disahkan sendiri oleh suami Marissa iaitu Ahmad Aslam yang turut memohon orang ramai mendoakan keadaan isterinya ketika ini.

“Atas apa dikeluarkan pada hari ini, tentang berita kematian atau musibah yang melanda kelarga saya, ia adalah betul.

IMG_8331

Marissa dilaporkan melahirkan bayi pra matang lalu meninggal dunia.

“Saya minta orang ramai mendoakan yang baik-baik buat kami dan tidak membuat sebarang spekulasi mahupun mengeluarkan hukum sewenangnya,” katanya.

Aslam berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instastory miliknya pada malam Sabtu.

Dalam pada itu Aslam berkata, bapa mentuanya iaitu pelakon Norman Hakim sudah mengetahui perkara tersebut.

Malah, isteri pertamanya iaitu Umisya Mazlan juga maklum mengenai kehamilan Marissa dan mempunyai sebab lain tidak menghebahkan berita gembira itu kepada umum.

ARTIKEL BERKAITAN: Marissa Dania dilaporkan bersalin pra-matang, bayi meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi tak tahu anak bersalin bayi pra matang, masih belum ada khabar berita daripada Marissa

“Untuk makluman semua pada hari kejadian saya sudah pun maklumkan kepada bapa mentua saya atas apa yang berlaku dan kami menyelesaikan dengan sebaiknya semua urusan.

“Buat pengetahuan semua, Umisya juga sudah tahu tentang berita kehamilan Marissa sejak awal lagi.

“Ada asbab lain yang berkaitan menyebabkan kami tidak mewar-warian tentang berita kehamilan,” jelasnya.

Sementara itu, Aslam memberitahu dia menerima ujian melanda keluarganya itu dengan hati terbuka.

saya sudah pun maklumkan kepada bapa mentua saya atas apa yang berlaku.

AHMAD ASLAM

PEMPENGARUH

“Yang buruk tetaplah hadir dari diri saya sendiri, yang baik dari Allah SWT dan Allah tetap sebaik-baik perancang.

“Saya terima semua sebagai ujian dan pengajaran buat saya,” ujarnya.

Sebelum ini, Marissa dilaporkan dikejarkan ke sebuah hospital apabila mengadu sakit perut selepas menghadiri sebuah acara pelancaran produk.

Susulan itu, Marissa, 19, dilaporkan bersalin ketika usia kandungannya berusia enam bulan namun bayi pra matang dilahirkan tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia.

NP-164

Sebelum ini, Abby berkata dia tidak tahu berita mengenai Marissa alami keguguran tular.

Ibu Marissa iaitu Abby Abadi ketika dihubungi mStar pada Sabtu pula memaklumkan tidak tahu menahu mengenai berita tentang anaknya sudah bersalin.

Sejak bulan lalu, cakap-cakap mengenai kehamilan Marissa hebat diperkatakan apabila netizen mendakwa ternampak 'baby bump' ketika dia meraikan ulang tahun adiknya.

Nama Marissa dan Aslam menjadi bualan selepas mereka melangsungkan pernikahan di Thailand tanpa pengetahuan keluarga pada 27 Disember tahun lalu.

Tindakan Marissa berkahwin turut mendapat kritikan memandangkan Aslam sudah pun mempunyai isteri iaitu Umisya Mazlan.

Abby pada 16 Mac lalu turut mengesahkan berita pernikahan anaknya itu di Thailand.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain