suria

“Kalau jumpa saya pijak leher dia!” - Che Ta geram pembantu rumah adik lari, Zaquan tangkap bibik sedang tidur biar ibu memasak di dapur

Che Ta luah rasa bengang kepada dua pembantu rumah adiknya iaitu aktres ayu Raudhah.

PELAKON Rozita Che Wan turut berasa bengang dengan dua orang pembantu rumah adik perempuannya iaitu aktres Ayu Raudhah yang melarikan diri daripada kediaman mereka di Seremban, Negeri Sembilan pada Rabu lalu.

Apa membuatkan Rozita atau Rozita Abu Bakar, 51, bertambah geram apabila mengetahui salah seorang daripada mereka tergamak berlaku curang dengan suami sendiri.

NP-162

Rozita geram dengan dua pembantu rumah Ayu yang melarikan diri dari rumah.

"Saya kalau jumpa bibik itu, saya pijak leher dia! Baru kerja 21 hari dah gilakan lelaki.

"Ayu beritahu suami salah seorang pembantu rumahnya ada hantar mesej beritahu isterinya selingkuh dengna lelaki lain," katanya kepada mStar.

Rozita meluahkan perasaan geramnya ketika ditemui pada sidang media Pesta Portmeirion Jiwa Merdeka yang diadakan di Bangi pada pagi Sabtu.

Bercerita mengenai insiden tersebut, Rozita memberitahu adik iparnya yang juga pemain bola sepak Zaquan Adha ada bercerita tentang sikap malas pembantu rumah tersebut sepanjang bekerja dengannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami bibik tahu isterinya ada kekasih, pernah mesej Zaquan Adha minta hati-hati... Rancang nak lari lepas dapat gaji

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Raudhah selamat bersalin anak ketujuh, timang cahaya mata lelaki

Tidak hanya itu, Ayu sendiri sudah dapat merasakan sesuatu tidak kena dengan dua pembantunya malah mereka sudah lama merancang untuk melarikan diri.

"Waktu Zaquan balik dari gim, dia tengok mak dia sedang memasak. Apabila tanya mana bibik rupanya mereka dalam bilik sedang tidur.

"Anak-anak tak dimandikan, baju tidak berbasuh! Bila saya sembang dengan Ayu, mereka ini memang sudah ada niat nak melarikan diri, cari kerja dekat kilang rasanya," kongsinya.

TOP ayu - 1

Ayu dan Zaquan sedang mencari dua orang pembantu rumahnya yang melarikan diri.

Khamis lalu, Ayu mendedahkan dua orang pembantu rumahnya melarikan diri ketika dia sedang berpantang di kediaman Rozita.

Salah seorang daripada pembantu tersebut yang juga warganegara Indonesia didakwa mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain walaupun sudah berkahwin.

Suami wanita berkenaan juga ada menghantar mesej kepada Zaquan mengenai perancangan isterinya ingin melarikan diri dipercayai mahu mengikut kekasih gelapnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain