suria

Abby Abadi tak tahu anak bersalin bayi pra matang, masih belum ada khabar berita daripada Marissa

Abby tidak tahu Marissa keguguran anak pertama.

PELAKON Abby Abadi tidak tahu menahu mengenai berita mengenai anak perempuannya iaitu Marissa Dania dilaporkan sudah bersalin bayi pra matang ketika kandungannya berusia enam bulan.

Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, berkata, ketika ini dia juga masih belum mendapat sebarang berita sahih daripada Marissa berhubung perkara tersebut.

“Tak tahu (berita Marissa keguguran). Serba tak tahu buat masa sekarang.

NP-159

Marissa dilaporkan alami keguguran ketika usia bayi berusia enam bulan.

“Saya tak tahu nak nasihat apa,” katanya ketika dihubungi mStar pada petang Sabtu.

Pada pagi Sabtu, menerusi laporan Harian Metro, Marissa dilaporkan dikejarkan ke sebuah hospital disebabkan berasa sakit perut selepas menghadiri sebuah acara pelancaran produk.

Susulan itu, Marissa, 19, dilaporkan bersalin ketika usia kandungannya berusia enam bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Marissa Dania dilaporkan bersalin pra-matang, bayi meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aslam dan Marissa bergegas tinggalkan majlis pelancaran produk, kunci mulut dakwaan bakal timang anak

Apa lebih menyedihkan bayi pra matang yang dilahirkan Marissa tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia.

Sementara itu, usaha mStar mendapatkan komen daripada bapa Marissa iaitu aktor Norman Hakim pula mengenai berita tersebut tidak berhasil apabila panggilan telefon dan mesej dihantar tidak dibalas.

Sejak bulan lalu, cakap-cakap mengenai kehamilan Marissa hebat diperkatakan apabila netizen mendakwa ternampak 'baby bump' ketika dia meraikan ulang tahun adiknya.

NP-165

Norman masih belum mengeuarkan sebarang kenyataan berhubung isu anaknya.

Nama Marissa dan Aslam menjadi bualan selepas mereka melangsungkan pernikahan di Thailand tanpa pengetahuan keluarga pada 27 Disember tahun lalu.

Tindakan Marissa berkahwin turut mendapat kritikan memandangkan Aslam sudah pun mempunyai isteri iaitu Umisya Mazlan.

Abby pada 16 Mac lalu turut mengesahkan berita pernikahan anaknya itu di Thailand.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain