suria

Isu anak mengadu ‘keras’ waktu pagi terus dapat kecaman, Zarina Zainuddin hanya mahu beri kesedaran pantau aktiviti anak-anak

Zarina menjelaskan video itu dikongsi dengan tujuan memberi kesedaran kepada ibu bapa agar mengawasi tindak tanduk anak-anak.

TAK berhenti dapat kecaman susulan memuat naik video anak lelakinya iaitu Azal bercerita mengenai alat sulit, pelakon Zarina Zainuddin bengang dituduh sengaja membuat perkongsian berunsur lucah.

Tidak memaparkan sebarang aksi keterlaluan, Zarina, 54, sebaliknya menjelaskan video itu dikongsi dengan tujuan memberi kesedaran kepada ibu bapa agar mengawasi tindak tanduk anak-anak.

“Benda ini yang dikatakan lucah... ada saya post Azal bukak seluar dia? Cuma kata benda macam ‘gajah’ dan saya nasihat dekat dia jangan tengok benda bukan-bukan.

WhatsApp Image 2024-08-24 at 5.03.27 PM-2

Zarina hanya mahu beri kesedaran pada orang ramai.

“Benda ini pun korang kata lucah, otak korang lagi lucah sebab boleh fikir sejauh itu!

“Bukan untuk anak autism saja, anak normal korang buka internet apa pun korang tak tahu. Tahu-tahu benda dah jadi,” katanya.

Zarina meluahkan rasa kesalnya menerusi hantaran di Instagram dengan memuat naik semula video Azal yang sudah dihapuskan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Zarina menegaskan Azal merupakan anak istimewa yang baik dan tidak pandai berbohong.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi video anak mengadu dalam seluar ‘keras’ waktu pagi... Zarina Zainuddin tak buka aib, anggap normal untuk lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Zainuddin sabar layan anak autisme, kali ini Azal lari rumah jiran stres Azil kerap mengamuk

Justeru itu, segala diperkatakan anaknya langsung tiada sebarang makna tersirat mahupun tujuan tidak baik.

“Setakat ini Azal tak pernah usik anak dara orang, dia umur 28 masih anak teruna dia tak tahu pun buat benda-benda itu semua.

“Dia akan beritahu saya apa juga yang berlaku sebab Azal tak reti nak bohong. Saya kena kecam sebab video ini macam azal tu dah tunjuk ‘benda’ dia pula,” jelasnya.

WhatsApp Image 2024-08-24 at 5.03.26 PM

Zarina tiada niat buka aib anak.

Meskipun terkesan dengan tomahan dilempar kepadanya, Zarina tetap mengingatkan orang ramai untuk menjaga pergaulan anak-anak mereka.

“Saya minta maaflah kalau saya terpaksa sekat insan-insan yang menghina saya. Saya pun nak jaga mental saya juga.

“Saya nak nasihat kita tolong periksa anak-anak kita pergi mana, dengan siapa, tidur rumah siapa. Tanya semuanya, sebab dekat luar lagi maca-macam berlaku,” kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain