suria

Tiada istilah tanggung ‘biawak hidup’, Puteri Sarah minta netizen Google siapa Andi Arsyil

Puteri Sarah tidak pernah menanggung hidup Andi.

PELAKON Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir pihak yang mendakwa dia dipergunakan aktor asal Indonesia iaitu Andi Arsyil untuk mempromosikan produk.

Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, menegaskan dia tidak pernah menaggung Andi, malah dia yang memilih untuk berkerjasama dengan pelakon dan usahawan berkenaan.

“Dia tak gunakan Sarah pun, dia sendiri pun dah kaya dekat sana. Sarah yang bawa produk dia datang ke sini sebab produk dia bagus.

553

Sarah dan Andi rapat sebagai seorang sahabat.

“Yang mengata dia guna duit saya semua itu, cubalah guna kepala otak sikit, jangan bodoh sangat,” katanya.

Puteri Sarah meluahkan kekesalannya menerusi sesi siaran langsung (live) di TikTok bagi menjawab pertanyaan pengikut.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut menyelar tindakan netizen yang menghina dan beraggapan buruk terhadap Andi.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah kongsi kata-kata semangat, peminat awal-awal dah pesan ‘jangan get back’

ARTIKEL BERKAITAN: “Semalam kami ada jumpa bersembang”... Yusof Haslam tak berharap Puteri Sarah kembali kepada Syamsul

Jelasnya, orang ramai sepatutnya menyiasat terlebih dahulu latar belakang sahabatnya sebelum melemparkan tomahan yang melampau.

“Sebelum bercakap, sebelum kutuk-kutuk orang Indonesia... Bukan semua orang Indonesia ‘low class’ seperti mana yang awak semua fikirkan.

“Dia seorang yang baik, tapi awak semua jagalah mulut itu, kurang ajar sangat.. Mulut-mulut puaka tu mengata orang. Google dulu siapa dia!” jelasnya.

2336939

Andi dan Puteri Sarah seringkali diusik tentang hubungan sebenar mereka.

Tidak terkesan sedikit pun, Sara menyifatkan tuduhan dilemparkan kepadanya dan Andi, 36, sebagai usaha untuk menjatuhkan mereka.

“Kalau sesiapa yang mahu jatuhkan produk ini atau nak jatuhkan saya, sila cuba lebih lagi! Allah ada dan akan bantu,” ujarnya.

Sebelum ini, Andi dituduh ‘biawak hidup’ dan didakwa menggunakan nama Puteri Sarah untuk mempromosikan produk keluarannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain