suria

Anak sulung tetap cinta pertama Aeril dan Wawa, sikap pemalu Attar punca nampak dipinggirkan

Aeril dan Wawa tetap menyayangi Attar sama rata dengan anak-anak mereka yang lain.

PELAKON Aeril Zafrel kecewa apabila segelintir pihak mendakwa dia dan isterinya iaitu aktres Wawa Zainal meminggirkan anak sulung mereka.

Aeril atau Suhairiil Sunari, 36, menegaskan dia dan Wawa menyayangi anak mereka, Ahmad Fakhruddin Attar dengan sepenuh hati tanpa sebarang kekurangan.

“Ayah mama sayang Attar tak pernah terkurang dari adik-adik lain.

“Harap tak ada mulut-mulut yang cakap kami tak sayang anak pertama kami,” katanya.

IMG_6755

Aeril dan Wawa menyambut ulang tahun ke-10 Attar pada Jumaat lalu.

Aeril menulis perkara tu menerusi hantaran video ketika sambutan hari jadi Attar yang ke-10 menerusi Instagram pada Jumaat.

Dalam pada itu, Aeril mengakui sikap Attar yang pemalu dan tidak suka berada di hadapan kamera membuatkan netizen berfikir sedemikian.

Tiada istilah disisihkan, Aeril dan Wawa menyifatkan anak sulungnya itu sebagai cinta pertama mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Wawa sudah cukup cantik” - Aeril Zafrel tak terfikir menduakan isteri, ingat anak-anak kalau ada ‘bisikan’ jahat

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah ‘hilang’ selepas kematian bapa, Aeril Zafrel derita penyakit misteri... 10 barang pelik keluar daripada badan

“Tapi kenapa orang luar nampak begitu, sebab Attar tak suka kamera sangat. Dia jarang nak bergambar atau rakam video kalau tak kena paksa.

“Walaupun beranak lagi tiga lepas ini Attar tetap cinta pertama kami, dan kami sayang anak-anak semua sama rata,” ujarnya.

Untuk rekod, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013.

Selain Attar, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata lain iaitu Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 8, Ayya Sofia, 4, dan Muhammad Fahri, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain