KETIKA kisah rumah tangganya sedang menjadi perhatian, ramai yang terus ingin tahu perkembangan terbaharu isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar. Dilihat tenang berdepan ujian itu, Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin masih sibuk dengan urusan kerja sebelum perbicaraan kes cerainya dengan Syamsul yang dijangka berlangsung pada Selasa depan. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon Zarina Zainuddin, kedua-dua mereka hadir bersama dalam saru sesi fotografi mempromosikan koleksi tudung terbaharu milik usahawan Datuk Seri Aliff Syukri. Rumah tangga Ira dan Syamsul dikatakan tiada persefahaman. Dalam video berkenaan, Zarina mengusik Ira untuk meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan. Bagaimanapun Ira yang juga merupakan anak kepada pelakon Kazar Saisi memberitahu bakatnya lebih ke arah bidang nyanyian. ARTIKEL BERKAITAN: Belum dua tahun kahwin, Syamsul Yusof dan Ira Kazar tiada persefahaman... Peguam sahkan telah fail cerai ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aliff Syukri kongsi keadaan terkini Ira Kazar, pelik ramai tepuk tangan sahabat baik nak cerai "Tak kot (berlakon). Lebih nak menyanyi. Boleh nyanyi sikit," ujarnya menjawab persoalan Zarina. Dia juga sempat menunjukkan bakat menyanyikan lagu Madah Berhelah yang dipopularkan oleh Ziana Zain. Ira tidak minat untuk berlakon. Rumah tangga Ira dan Syamsul menjadi bualan selepas suaminya itu memfailkan cerai pada Isnin lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur. Untuk rekod, Ira berkahwin pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand dan pengumuman tersebut dibuat di laman Instagram milik Syamsul. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!