GARA-GARA memuat naik video anaknya iaitu Azal berkongsi cerita mengenai alat sulit, pelakon Zarina Zainuddin menerima kecaman hebat netizen di media sosial. Tampil menjelaskan perkara itu, Zarina, 54, berkata perkongsiannya itu adalah perkara biasa lebih-lebih lagi untuk seseorang lelaki yang sudah akil baligh. Malah, dia sebagai ibu merupakan individu tepat untuk memberikan nasihat tambahan pula Azal atau Muhammad Raizal Azrai merupakan seorang anak istimewa. Zarina dikecam selepas muat naik video Azal berkongsi mengenai keadaan alat sulitnya di Instagram. "Itu hanyalah tentang keadaan anak saya, netizen perlu berfikir secara matang. "Semua lelaki alami perkara sama, itu normal. Bukannya perkara itu lucah dalam keadaan usia anak saya yang sudah 28 tahun. "Azal bercakap tentang keadaan dia, jadi sebagai ibu saya perlu berikan nasihat kepadanya mana yang baik atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat. Bercakap mengenai kecaman diterima, Zarina berkata dia tidak ambil pusing tentang perkara itu sebaliknya berpendapat netizen tidak mengetahui situasi memiliki anak istimewa. ARTIKEL BERKAITAN: “Dia sayang tapi tak pandai balas mesej” - Anak Zarina Zainuddin putus cinta, wanita Indonesia pulangkan cincin dan gelang ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Zainuddin sabar layan anak autisme, kali ini Azal lari rumah jiran stres Azil kerap mengamuk Dia bagaimanapun tetap mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menegur tindakannya berkongsi video itu. "Mereka netizen tidak berada di tempat saya, jadi saya abaikan sahaja. "Saya cuma berkongsi perkembangan anak, kalau mereka nak kecam terpulanglah. "Terima kasih atas kepada mereka yang mengecam saya, mereka tiada anak istimewa jadi mungkin mereka tidak tahu apa yang saya rasa," jelasnya. Zarina anggap perkongsiannya mengenai azal adalah normal. Pada pagi Jumaat, Zarina memuat naik video anak lelakinya Azal berkongsi cerita mengenai alat sulitnya 'mengeras' dan berdiri setiap pagi. Bagaimanapun, perkongsian berkenaan mengundang kecaman netizen yang berpendapat Zarina seperti membuka aib anaknya. Selain Azal, Zarina turut mempunyai tiga orang lagi cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Adam Azrai, Muhammad Razil Azrai (kembar Azal) dan Muhamad Naim Azrai. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!