suria

Taiyuddin Bakar kini vokalis Uncure selepas lama menyepi, tampil dengan konsert untuk Palestin

Taiyuddin kini beralih arah ke bidang nyanyian.

SINONIM dengan watak komedi, pelakon Taiyuddin Bakar melebarkan sayap dalam bidang nyanyian apabila tampil sebagai vokalis baharu kumpulan Uncure.

Kata Taiyuddin atau Salehuddin Abu Bakar, 41, tawaran berkenaan datang selepas dia membuat persembahan bersama kumpulan itu dalam sebuah acara sebelum ini.

Jelasnya, rata-rata peminat menunjukkan reaksi positif ketika melihat dia beraksi bersama Uncure.

"Penghujung tahun lalu saya ditawarkan untuk menjadi vokalis tetap mereka.

Copy of Untitled (20)

Taiyuddin mengakui sedang memperlahankan kerjaya seni.

"Semuanya bermula ketika saya menghadiri persembahan terakhir mereka sebelum PKP kemudian saya diundang naik ke pentas untuk menyanyikan sebuah lagu bersama mereka.

"Selepas saya memuat naik video persembahan itu, ramai menerimanya dengan sangat positif," katanya menerusi satu kenyataan kepada mStar.

Mengakui muzik yang diketengahkan berbeza, Taiyuddin bagaimanapun mahu mencabar diri mempertaruhkan karya mereka menembusi aliran arus perdana.

Sedar ia bukan sesuatu yang mudah, namun Taiyyudin dan anggota kumpulannya tetap optimis serta bersedia menerima sebarang pendapat.

ARTIKEL BERKAITAN: 9 tahun bersabar, akhirnya Taiyuddin Bakar jadi bapa... Tak pernah ikhtiar zuriat cuma tawakal kepada Allah

ARTIKEL BERKAITAN: Usop tolak duet dengan influencer jadi penyanyi, sifatkan perosak industri muzik

"Selepas sekian lama hanya bermain dalam scene underground kini kami cuba untuk keluar dari kepompong.

"Kami cuba untuk melebarkan sayap ke industri muzik mainstream. Kami semua bukan muda lagi, nak lihat berapa jauh band Uncure boleh pergi.

"Mungkin dengan cara ini kami akan menerima peminat yang baharu. Kami juga bersedia dengan apa jua respon yang bakal kami terima.

Terbaharu, Uncure bakal menghiburkan peminat menerusi persembahan Showcase Uncure: Palestin Hak Yang Dinafikan pada 14 September depan.

Copy of Untitled (19)

Uncure tampil dengan showcase pada 14 September depan.

Selain berhibur, tujuan Utama showcase itu dianjurkan demi menunjukkan solidarity terharap mangsa keganasan regim Zionis di Palestin.

Hasil keuntungan jualan tiket juga akan disumbangkan terus kepada Kedutaaan Palestin di Malaysia.

Showcase anjuran Onz Management dengan kerjasama Persatuan Inspirasi Muallaf bakal berlangsung di Warisan Hall Studio, Teluk Panglima Garang, Selangor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain