suria

Badan kurus disangka ambil ‘barang’, Along Eyzendy kena makan ubat seumur hidup selepas jalani pembedahan

Ramai yang bertanya tentang perubahan fizikal Along.

SUSULAN perubahan berat badan yang ketara, pelakon Along Eyzendy memberitahu dia tidak terlepas daripada kata-kata menuduh dia mengambil bahan terlarang.

Enggan terlalu ambil pusing apa diperkatakan orang, Along atau Mohd Eyzendy Mohd Aziz, 45, sudah lali untuk menjawab perkara tersebut di media sosial.

"Kalau buat live di media sosial, orang bertanya saya okey atau tidak sampai ada yang kata ambil barang. Mula-mula ada juga terasa hati dan penat nak menjawab.

along 2

Along menjalani prosedur pemindahan buah pinggang pada 2021.

"Tetapi kata orang alah bisa tegal biasa. Sekarang ini saya layankan sahaja. Kalau ada yang bertanya tentang kesihatan, saya jawab okey sahaja," katanya kepada mStar.

Along ditemui ketika sidang media Teater Dang Anum (The Untold Story) yang berlangsung di Putrajaya pada Khamis.

Menurut pelakon ini dia dinasihatkan doktor untuk mengekalkan berat badan di bawah 63 kilogram selepas melakukan pembedahan buah pinggang pada April 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Semakin pulih selepas pemindahan buah pinggang, Along Eyzendy akur terpaksa letak batasan dalam lakonan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Yasin Sulaiman dipenjara seumur hidup, 16 sebatan atas tiga kesalahan dadah

Berkongsi tahap kesihatan terkini, Along memberitahu keadaan dirinya semakin baik namun perlu bergantung ubat seumur hidup bagi memastikan organ diterima itu dapat berfungsi dengan baik.

"Doktor beritahu keadaan saya sekarang semuanya baik. Cuma dinasihatkan tidak boleh naik berat badan dan tertekan supaya tidak mengganggu bacaan buah pinggang. Saya juga mudah terkena penyakit dan ia boleh berlarutan.

"Pemeriksaan doktor masih diteruskan dan ada ubat yang perlu saya makan seumur hidup. Antibodi kita boleh kesan jika ada organ asing yang dimasukkan dalam badan. Jadi ubat itu berfungsi untuk mengelakkan antibodi menyerang organ tersebut.

Saya juga mudah terkena penyakit dan ia boleh berlarutan

ALONG EYZENDY

PELAKON

"Pesakit pemindahan buah pinggang seperti saya ini memang tak boleh demam. Kalau demam saya akan terus ke hospital untuk pemeriksaan," ceritanya.

Bercakap tentang penglibatan dalam teater kali ini, kata Along cabarannya lebih berat meskipun dia pernah berlakon dengan produski sama tahun lalu.

"Tahun lalu saya memegang watak Sultan, tetapi kali ini sebagai Bendahara. Jadi bukan mudah sebab dialog lain yang perlu saya hafal.

along 3

Barisan pelakon tetater Dang Anum (The Untold Story).

"Watak Bendahara kali ini juga lebih penting dan banyak babak. Ia bagaikan watak antagonis yang terpaksa menjadi sebegitu untuk membantu Raja," kongsinya.

Teater arahan Amirul Haswendy ini bakal dipentaskan pada 27 hingga 29 September depan bertempat di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain