BAGAIKAN sudah tawar hati, penyanyi dan pelakon Alvin Chong pernah terfikir mengucapkan selamat tinggal kepada dunia hiburan buat selama-lamanya. Perasaan itu timbul kata Alvin, 33, disebabkan kecewa dengan sikap segelintir penggiat seni yang suka menceritakan hal buruk orang lain sehingga menyebabkan industri bertukar toksik dan berpecah belah. Lebih mengecewakan kata Alvin, ada di antara mereka yang suka bercakap buruk tentangnya adalah dalam kalangan mereka yang dianggap sebagai kawan. Alvin sukar berjumpa rakan industri yang ikhlas. "Setiap tahun saya ada rasa nak berhenti dan perasaan itu dipengaruhi banyak sebab termasuk sukar berjumpa dengan kawan yang betul-betul ikhlas. "Dunia hiburan sangat toksik sebab ramai yang suka 'membawang' malah ada penggiat industri seni sendiri yang tak bersatu hati," katanya kepada mStar. Alvin meluahkan perkara itu ketika ditemui pada pelancaran album pertamanya yang berjudul Between The Lines pada Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Sampai ke Switzerland Alvin Chong rakam MV 'Over Again', siap dapat jemputan ke muzium jenama mewah ARTIKEL BERKAITAN: Alvin Chong 'dating' dengan gadis bawah umur? Ramai peminat mula gelisah - "Anak aku tu bukan main... kata keluar nak belajar!" Dalam pada itu, Alvin berkata, dia sukar mencari rakan dalam industri yang benar-benar ikhlas dan tulus berkawan dengannya. Apa lebih mengecewakan, persahabatan yang terjalin kebanyakannya bersifat sementara dan tidak pernah kekal lama. "Ada kawan tiba-tiba hilang dan tak mahu berkawan dengan saya. Ada juga masa penggambaran rapat tapi lepas itu dia hilang begitu sahaja. Saya sukar berjumpa dengan kawan yang betul-betul ikhlas. ALVIN CHONG PENYANYI/PELAKON "Kebiasaannya saya berfikiran positif tetapi apa menyakitkan rupa-rupanya saya hanya bahan marketing untuk mereka," jelasnya. Dalam perkembangan lain, Alvin berjaya merialisasikan impian apabila tampil dengan album sulungnya yang sudah pun berada di pasaran sejak 16 Ogos lalu di semua platform digital. Tidak hanya menyanyi, Alvin memberitahu dia terlibat penuh dalam proses menulis lirik selain berpeluang bekerjasama dengan beberapa penerbit muzik antarabangsa seperti Hyuk Shin dan Seann Bowe. Alvin tampil dengan album terbaharu berjudul Between The Lines. Selesa meluahkan isi hati dalam bentuk lirik, Alvin menyifatkan muzik sebagai penguat semangat untuk dia terus bertahan dalam industri seni. "Saya rasa muzik adalah sebab saya masih ada dalam industri, saya tak tulis diari jadi saya banyak luahkan perasaan menerusi lagu. "Saya harap muzik saya juga dapat membantu orang lain diluar sana supaya mereka tak perlu lalui kesediahan yang saya lalui. Mengetengahkan kisah cinta yang tidak kesampaian, album ini memuatkan lapan buah lagu merangkumi pelbagai genre. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!