ANAK sulung kepada pelakon Rita Rudaini mencipta kejayaan apabila muncul johan acara larian 200 meter di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) di Sabak Bernam pada Khamis. Lebih membanggakan, Airit Rayyan Rizqin, 15, turut berjaya mencipta rekod baharu dalam acara tersebut dengan cacatan masa 23.81 saat berbanding tahun lalu. Berita gembira itu dikongsi Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 48, yang turut meluahkan rasa bangga dengan pencapaian cemerlang Rayyan pada kejohanan tersebut. "Alhamdulillah, berita gembira dan rezeki Rayyan dan MRSM SUBES hari ini. Rita berkonsi berita gembira itu menerusi hantaran di Instagram. "Rayyan pecah rekod lagi, acara lari 200m akhir, pecah rekod tahun 2023. Sebagai ibu bapa Rayyan, mummy bangga!" katanya. Rita berkongsi perkara itu menerusi hantaran video memaparkan aksi anak sulungnya sedang berlari di atas trek. Sebelum ini, Rayyan mencuri perhatian ramai selepas mengungguli pingat emas menerusi acara larian 100 meter dalam kejohanan yang sama. Rayyan yang mewakili Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar itu berjaya melakar rekod baharu acara tersebut dalam tempoh 20 tahun dengan catatan masa 11.44 saat. ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini sokong impian Qaqa jadi pemain bola sepak, asal utamakan agama dan akademik ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan cemerlang 3.99 hadiah hari jadi Rita Rudaini, luahan Rayyan sentuh hati netizen Untuk rekod, Rayyan adalah anak hasil perkahwinan Rita dengan pemain bola sepak iaitu Aidil Zafuan pada 2008. Bagaiamanapun ikatan perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian pada September 2013. Selain Rayyan, mereka turut dikurnikan seorang lagi anak lelaki iaitu Airit Qaqa Arjuna, 13 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!