ISTERI Remy Ishak iaitu Ezza Yusof tampil mempertahankan suaminya apabila ada netizen mengecam pelakon itu sengaja mencari publisiti apabila tampil imej bertindik pada bahagian hidung. Ezza atau Roszaliza Yusof, 41, berkata, Remy tidak perlu melakukan perkara sedemikian malah masih lagi menerima tawaran berlakon tanpa henti. "Alhamdulillah Allah bagi rezeki dekat kami tak pernah putus. Susah suami saya ni nak dapat cuti. "Bezanya suami saya susah nak kongsi di media sosial. Semoga Allah permudahkan urusan adik ya," katanya. Ezza berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya. Menerusi perkongsian itu juga, Ezza turut memaparkan komen netizen yang mendakwa Remy tampil dengan imej bertindik pada bahagian hidung disebabkan kerjayanya yang dikatakan semakin hambar. ARTIKEL BERKAITAN: Tampil imej bertindik hidung, Remy Ishak tak peduli jika dikecam... "Ini cuma sekadar fesyen" ARTIKEL BERKAITAN: Remy Ishak tiada sebab tergugat kehadiran hero muda, pernah rasa jadi pelapis industri Dakwa individu itu lagi, tindakan Remy mengubah imej itu menyebabkan aktor berkenaan mendapat banyak liputan daripada pihak media. Dalam pada itu, Ezza turut memohon orang ramai untuk tidak cepat melatah dan sempat bergurau memberitahu Remy sudah memulangkan cincin hidung tersebut kepadanya. "Cincin itu dia (Remy) sudah pulangkan dekat saya, chill okay," ujarnya. Ezza (kanan) bersyukur kerana rezeki Remy yang tidak putus menerima tawaran berlakon. Sebelum ini, penampilan terbaharu Remy atau Mohammad Zalimei Ishak, 42, semasa menghadiri sidang media drama terbaharunya berjudul The Secret mengejutkan tetamu yang hadir. Tampil dengan imej bertindik pada bahagian hidung, Remy menjelaskan subang yang dipakai itu palsu dan hanya untuk fesyen semata-mata. Malah aktor berkenaan mengakui tidak bimbang jika penampilannya itu mengundang kecaman netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!