suria

Ramai puji nampak manis bertudung, Cik B belum sedia tutup aurat

Cik B masih belum terbuka hati untuk berhijab.

PERKONGSIAN video TikTok anak usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B mengenakan hijab mencuri perhatian netizen.

Mana tidaknya, keayuaan Cik B semakin terserlah saat menyarungkan tudung sehingga membuatkan ramai terlupa dengan imej tomboinya sebelum ini.

Difahamkan, percubaan untuk berhijab sebenarnya dibuat demi memenuhi permintaan salah seorang pengikutknya sahaja.

553

Cik B pernah mencuba imej feminin demi mengikuti permintaan peminat.

Kata Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, dia masih belum terbuka hati untuk menutup aurat sepenuhnya.

"Macam ini ke? Tak tahulah bila akan terbuka hati nak berhijab.

"Lambat laun kena pakai juga, kan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Vida kerja keras agar tak hidup susah, Cik B kecewa dituduh tumpang kesenangan ibu

ARTIKEL BERKIATAN: Bukan main Cik B bersolek siap pakai ‘wig’, netizen cakap macam Vida

Cik B menulis perkara itu menerusi hantaran video memaparkan dia sedang dipakaikan tudung berwarna hitam oleh seorang perunding gaya.

Dalam pada itu, Cik B turut meluahkan rasa syukur atas doa dan nasihat daripada orang ramai di media sosial.

"Doakan Cik B ya. Terima kasih semua yang selalu nasihat dan doakan saya yang baik-baik," ujarnya.

2845288

Cik B menghargai nasihat dan doa agar dia menutup aurat sepenuhnya.

Sementara itu, netizen di ruangan komen memuji usaha Cik B serta memberi dorongan buat gadis itu agar menutup aurat dengan sempurna satu hari nanti.

"Cik B nampak cantik bertudung, ingat bidadari jatuh dari langit.

"Tak apa Cik B, sentiasa doa nak pakai tudung dan buat secara perlahan-lahan," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain