PELAKON Fathia Latiff memberitahu kehidupannya kini lebih tenang selepas dua tahun dia menjalani rawatan akibat masalah tekanan. Masih perlu berjumpa doktor, Fathia atau Nur Fathia Abdul Latiff, 37, berkata dia juga kini dalam usaha untuk mengembalikan keyakinan diri serta kembali aktif dalam dunia seni. "Saya ada major depression. Perlu jumpa doktor dua minggu sekali. Sudah dua tahun saya menjalani rawatan. Fathia sudah dua tahun jalani rawatan. "Sekarang ini saya rasa lebih tenang dan boleh bekerja. Saya juga sedang berusaha untuk turunkan berat badan dan kembalikan keyakinan diri," katanya kepada mStar. Sebelum ini Fathia secara terbuka pernah berkongsi tentang masalah kesihatan mental yang dikenali sebagai skizofrenia. Dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, pelakon ini juga mengucapkan penghargaan buat ibunya, Badriyah Hassan yang telah banyak berkorban sepanjang dia berdepan masalah sebegitu. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dulu wajah cengkung, kurang yakin diri... Fathia Latiff mengaku ‘buat muka’ untuk nampak lebih cantik ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff derita skizofrenia, mohon maaf secara terbuka kepada ibu Tambah Fathia, apa yang berlaku juga menjadi pengerat hubungan antara dia dan ahli keluarga. "Selepas apa yang berlaku sebelum ini, hubungan dengan keluarga lebih akrab. "Saya tinggal bersama mereka dan selalu keluar bersama," ujarnya. Fathia mahu terus aktif berlakon. Sementara itu bercakap tentang perkembangan kerjaya, Fathia bakal tampil dalam dua drama baharu berjudul Jangan Tinggal Abang Dik dan Cinderella Jadian. Dia juga mengharapkan lebih banyak tawaran kerja selepas sekian lama tidak aktif dalam dunia seni. "Mungkin produser tak berani nak beri tawaran kerja kepada saya sebab banyak cerita saya datang lambat sebelum ini. Itu semua kisah lama dan tak perlu lagi khabar angin sebegitu. "Saya harap produser dan pengarah telah maafkan saya. Sekarang saya lebih berdisiplin dan bangun awal pagi," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!