suria

“Saya tak kenal” - Adira terkejut tiba-tiba muncul gosip sedang mengenali lelaki bernama Datuk H

Adira tidak pernah mengenali individu yang dikenali sebagai Datuk H.

PENYANYI Adira tampil mengulas spekulasi mendakwa dia kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki berpangkat Datuk.

Menjawab mengenai dakwaan itu, Adira atau nama sebenarnya Adira Suhaimi, 32, berkata dia tidak mengenali individu bernama ‘Datuk H’ dan tidak mengetahui punca berita itu tersebar.

“Saya tidak tahu apa-apa. Datuk H tidak wujud. Saya tidak tahu mana datangnya sumber itu dan daripada bahagian saya, memang tidak kenal dia.

Adira sebelum ini didakwa mempunyai hubungan mesra bersama lelaki berpangkat Datuk.

Adira sebelum ini didakwa mempunyai hubungan mesra bersama lelaki berpangkat Datuk.

“Semestinya saya terkejut. Kalau dulu saya nak elak-elak menjawab tapi sekarang ini saya tidak pandai menipu,” katanya kepada mStar.

Adira memaklumkan perkara itu ketika ditemui di sidang media drama Jangan Tinggal Abang, Dek di Senja Kirana Event Space, Sentul pada Rabu.

Dalam pada itu, Adira berkata bekas suaminya iaitu Datuk Seri Adnan Abu mengetahui mengenai gosip itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah berbincang dengan keluarga, Datuk Red dan Adira rancang bersatu kembali

ARTIKEL BERKAITAN: "Mungkin dia berharap kami bersanding semula"... Ini respons Datuk Red selepas bekas isteri 'throwback' foto kahwin dengan Adira

Adira bagaimanapun memberitahu Adnan atau lebih dikenali Datuk Red tidak menghiraukan perkara tersebut memandangkan mereka kini sedang bercinta.

“Dia tahu sahaja tentang Datuk H dan dia tidak kisah. Sebab dia tahu hanya dia (Datuk Red) ada dalam hati saya.

“Dalam masa sama, doakan (hubungan) kami yang baik-baik. Saya tidak mahu cakap lebih-lebih,” ujarnya.

Saya tidak tahu apa-apa. Datuk H tidak wujud. Saya tidak tahu mana datangnya sumber itu.

ADIRA SUHAIMI

PENYANYI

Bercakap mengenai hubungannya dengan Datuk Red, Adira berkata dia menerima takdir Allah sekiranya mereka berjodohan semula.

“Sekarang ini kita tengah usaha. Dia pun ada benda yang tengah usahakan, sama macam saya. Tidak mahu fokus kepada percintaan semua ini.

“Sekarang sedang mencuba. Hanya beri ruang dan peluang kepada (Datuk Red). Saya rasa dia layak lagi untuk dapat peluang,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Adira meluahkan rasa teruja dapat kembali semula ke dunia lakonan menerusi drama Jangan Tinggal Abang, Dek.

Adira kembali berlakon menerusi drama Jangan Tinggal Abang.

Adira kembali berlakon menerusi drama Jangan Tinggal Abang.

“Saya sangat gembira dapat kembali. Saya harap semua suka dengan lakonan ini,” katanya.

Selain Adira, pelakon yang turut menjayakan drama dalam talian tersebut adalah Adj Putra, Nabila Huda, Elly Mazlein, Fathia Latiff.

Drama tersebut disiarkan di TikTok dan Instagram Kayra TV pada setiap hari Jumaat, Sabtu, Ahad.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain