suria

[V] Berjauhan dengan suami, Wany Hasrita berserah jika rumah tangga diuji... Anggap semua hanya pinjaman Allah

Bagi Wany dalam hidup rumah tangga pasti ada cabaran.

TERPAKSA hidup berjauhan dengan suami tercinta, penyanyi Wany Hasrita memilih untuk sentiasa berlapang dada dan berserah jika ditakdirkan terjadinya sesuatu isu dalam rumah tangganya.

Bagi Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 31, setiap manusia dikurniakan akal fikiran dan mereka haruslah tahu membezakan baik dan buruk sesuatu perkara termasuklah mengenai hal perhubungan.

"Saya mengamalkan konsep jagalah macam mana sekalipun kalau suami nak buat dia buat juga (curang).

wany hasrita 3

Wany faham akan liku-liku yang perlu dihadapi dalam rumah tangga.

"Kalau nak jadi ia akan terjadi juga. Bukan lelaki sahaja malah pihak isteri pun sama.

"Kita dah besar punyai akal fikiran boleh tahu mana baik mana buruk," katanya kepada mStar.

Wany berkongsi perkara itu semasa ditemui di pelancaran memperkenalkan duta makanan mee segera Nongshim di Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wany Hasrita selamat bersalin bayi perempuan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anak meragam bila terlebih kongsi mengenainya di media sosial, Wany Hasrita percaya penyakit ain wujud

Dalam pada itu, Wany berkata dia sentiasa berpegang prinsip bahawa semua yang diberikan oleh Allah ini hanyalah pinjaman semata-mata.

Dia bagaimanapun sentiasa berdoa agar ikatan perkahwinannya terpelihara dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

"Mestilah terfikir (perkara negatif dalam perkahwinan). Saya wanita, tapi semuanya pinjaman Allah.

Saya baru tahu curi-curi tengok telefon bimbit suami berdosa, banyaknya dosa aku

WANY HASRITA

PENYANYI

"Semuanya terpulang pada diri sendiri untuk mendidik dan beringat pasangan kita bukan hak selamanya.

"Harapnya saya akan bertenang macam sekarang kalau berlaku perkara macam itu, iyalah ujian orang lain-lain tapi minta dijauhkan perkara yang buruk-buruk," ujarnya.

Berkongsi mengenai perjalanan awalnya sebagai isteri, Wany mengakui dia pernah curi-curi melihat mesej di telefon bimbit suami.

wany hasrita 1

Wany bahagia bersama suami dan anak mereka.

Namun dia menghentikan perbuatan tersebut selepas mengetahui tindakan berkenaan boleh mengundang dosa kerana mencari salah pasangan.

"Saya baru tahu curi-curi tengok telefon bimbit suami berdosa, banyaknya dosa aku.

"Jadi saya minta maaf pada suami saya dan tak buat dah. Tapi bila tak buat tak tahu pula... jadi saya berserah sahaja," jelasnya.

Untuk rekod, Wany mendirikan rumah tangga dengan Mohd Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai 2022.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Aishah Al Iman pada 8 Julai tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain