POLIS memaklumkan tiada sebarang unsur jenayah berhubung kematian penyanyi Nidza Afham yang mayatnya ditemukan di Sungai Klang, Selangor pada 14 Ogos lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain juga memberitahu hasil siasatan terkini adalah sama seperti laporan bedah siasat diperolehi di Hospital Shah Alam sebelum ini. "Kes kematiannya kekal seperti yang diumumkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, sebelum ini yang mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut. Kematian Nidza menjadi perhatian ramai. "Jabatan Siasatan Jenayah meneruskan siasatan termasuk meneliti dan melawat semula lokasi kejadian sekiranya wujud unsur jenayah. "Sekiranya ada petunjuk, kami akan mengumpul segala bukti dan mengklasifikasi semula kes berkenaan," katanya kepada pemberita. Tambahnya, pegawai penyiasat telah turun ke lokasi berkenaan meneliti jika ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) atau saksi yang boleh membantu siasatan. ARTIKEL BERKAITAN: Enggan ganggu siasatan polis, 8 ahli keluarga Nidza Afham selesai beri keterangan ARTIKEL BERKAITAN: Nidza Afham mati mengejut, tiada sebarang kecederaan fizikal Pada 14 Ogos lalu, jazad Allahyarham Nidza atau Muhammad Nidza Afham, 23, ditemukan di sungai berkenaan selepas hampir 24 jam dilaporkan hilang. Nidza sebelum itu dikatakan pergi melakukan aktiviti riadah di Stadium Sultan Suleiman sekitar pukul 7 malam 13 Ogos lalu. Kekasihnya yang dikenali sebagai Miera berjaya mengesan lokasi terakhir Nidza di sungai berkenaan. Jenazah dikembumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam, pada Khamis (15 Ogos) kira-kira pukul 6.45 petang. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!