suria

Siti Saleha jarang buat ‘live’ media sosial, tak mahu lokasi diketahui... Bimbang ada penonton berniat jahat

Saleha jarang buat siaran langsung di media sosial kerana risau keselamatan diri sendiri boleh terancam.

PELAKON Siti Saleha berpendapat sesi siaran langsung yang dilakukan di media sosial boleh membuka ruang untuk terjadinya kegiatan jenayah.

Disebabkan itulah, Saleha atau Siti Saleha Mohd Baharum, 34, memilih untuk tidak aktif menunjukkan keberadaan dirinya di alam maya kerana risau berlakunya perkara buruk.

"Saya rasa orang ramai tahu anda di mana apabila buat siaran langsung di media sosial.

size NP 1 - 2024-08-21T113642.460

Saleha jarang buat live di media sosial.

"Sebab itu saya tak kongsi keberadaan saya, malah dekat rumah pun saya tak tunjuk persekitaran rumah macam mana.

"Kena bijak sebab kalau ada yang tengok itu berniat buruk, lain pula jadinya," katanya kepada mStar.

Saleha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media dan tayangan perdana drama bersiri The Secret di GSC Midvalley, Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dah temui pengganti tapi belum sedia kahwin, Siti Saleha bimbang ulang kesilapan lama

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Saleha sudah temui pengganti, jejaka ‘mix’ jadi pilihan hati

Bersedia sebarang kemungkinan, Saleha memberitahu dia mempersiapkan diri dengan seni mempertahankan diri.

“Saya tiada bawa apa-apa tetapi saya ada ilmu seni mempertahankan diri Muay Thai.

“Tapi kalau dalam keadaan tak tentu kadang-kadang apa yang dipelajari semua lupa. Alhamdulillah tiada apa yang berlaku,” ujarnya.

Kena bijak sebab kalau ada yang tengok itu berniat buruk, lain pula jadinya

SITI SALEHA

PELAKON

Sementara itu, Saleha menasihati mereka yang pernah menjadi mangsa jenayah untuk tampil bersuara dan tidak hanya berdiam diri.

“Pada mangsa-mangsa jenayah rogol, buli atau gangguan seksual, bersuara jangan diam.

“Bukan sahaja buat perempuan malah lelaki pun sama.

size NP 1 - 2024-08-21T113655.380

Saleha merupakan pelakon utama dalam drama bersiri The Secret.

“Perkara macam ini sangat penting, lebih-lebih lagi akan menggangu kesihatan mental seseorang pada masa hadapan," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Saleha bakal tampil dengan drama bersiri baharu terbitan Viu Original berjudul The Secret yang bakal memulakan tayangan menerusi platform penstriman Viu pada 22 Ogos ini.

Selain Saleha, pelakon yang membarisi drama berkenaan ialah Remy Ishak, Sara Mack Lubis, Ucop, Nadiya Nisaa, Amir Nafis, Fatimah Abu Bakar dan Lorenzo.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain