suria

Amelia Henderson dan anak Datuk K hanya berkawan... Tya Ariffin minta tanya tuan punya badan

Tya memberitahu Amelia dan Aazief tiada hubungan istimewa.

PELAKON Tya Arifin memaklumkan adik iparnya iaitu Aazief Khalid kini sedang berkawan dan mengenali aktres Amelia Handerson.

Tya atau Nutria Wulanduri Arifin, 30, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perhubungan mereka dan meminta orang ramai bertanya sendiri kepada tuan empunya badan.

"Kalau tengok dari mata saya, mereka (Aazief dan Amelia) masih berkawan sahaja.

Copy of Untitled (4)

Aazief dan Amelia kini dalam fasa berkawan.

"Apa yang saya boleh cakap, tanya sendiri dengan tuan punya badan," katanya menerusi sesi siaran langsung di TikTok.

Tya menjelaskan perkara itu bagi menjawab pertanyaan peminat berkenaan status hubungan Aazief dan Amelia.

Sebelum ini, timbul gossip mendakwa Aazief dan Amelia sedang menjalinkan hubungan istimewa selepas dilihat hadir bersama ke konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza di Genting Highland pada 11 Ogos lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Amelia Henderson puji Aedy Ashraf lelaki baik, sentiasa bagi sokongan walau sudah tiada hubungan istimewa

ARTIKEL BERKAITAN: “Status kami sudah cukup jelas” - Tiada lagi hubungan cinta, Aedy Ashraf dan Amelia Henderson kekal berkawan

Malah, mereka turut dilihat duduk bersebelahan ketika menyaksikan konsert berkenaan.

Amelia sebelum ini mengesahkan hubungannya yang dibina bersama pelakon Aedy Ashraf putus di tengah jalan.

Pelakon itu turut memberitahu tiada niat untuk kembali bercinta dengan bekas teman lelakinya itu dalam satu temu bual.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain