suria

[V] Dulu wajah cengkung, kurang yakin diri... Fathia Latiff mengaku ‘buat muka’ untuk nampak lebih cantik

Fathia akui melakukan pelbagai jenis rawatan muka.

BERASA tidak yakin dengan wajah yang terlalu cengkung sebelum ini, pelakon Fathia Latiff mengakui membuat pelbagai rawatan untuk mencantikkan mukanya.

Kata Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 37, selepas beberapa kali membuat rawatan botox di muka dan mata serta menambah ‘filler’ di bibir, dia kini berasa yakin dengan kecantikan pada wajahnya itu.

“Saya rasa tidak yakin dengan diri. Dahulunya saya cengkung sebab sangat kurus. Saya tidak faham kenapa orang kata saya cantik dulu.

“Saya ada buat filler, botox. Dulu masa saya muda, muka tegang lagi. Saya rasa dulu saya cengkung, tak faham kenapa orang kata saya cantik,” katanya kepada mStar.

fathia 3

Fathia mengaku melakukan pembedahan muka untuk kelihatan cantik.

Tambah aktres itu, dia juga merasakan semua yang dilakukan itu adalah satu perkara normal dan tidak menjadi masalah untuk mencantikkan wajah.

Malah Fathia berkata dia tidak pernah menghiraukan setiap tohmahan dan cacian daripada netizen mengenai perubahan wajahnya.

“Saya rasa benda itu sekarang dah normal. Saya tidak kisah apa orang cakap. Yang saya kisah ialah apa mak saya cakap.

“Bila mak saya nasihat baru saya akan dengar. Mak dah suruh berhenti, tapi saya pujuk juga,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff derita skizofrenia, mohon maaf secara terbuka kepada ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Muat naik foto wanita tak berbaju, netizen minta Fathia Latiff segera dapat rawatan

Ketika ditanya mengenai kos yang sudah dihabiskan, Fathia berkata semuanya adalah tajaan daripada rakannya.

Bagaimanapun Fathia berkata misinya kini adalah untuk menurunkan berat badan supaya tampak lebih berkeyakinan.

“Sekarang ini saya kena kurus. Ada yang nak sponsor bariatrik, tapi saya masih tengah fikir lagi.

fathia 2

Keyakinan diri berkurang punca Fathia melakukan pelbagai jenis rawatan.

“Dalam masa sama saya ada buat rawatan ozempik untuk kurus dan rancang untuk melakukan senaman,” ujarnya.

Sebelum ini, pelakon tersebut mendapat banyak kritikan netizen kerana perubahan wajah yang dilakukannya itu.

Ada yang merasakan bahawa ia terlalu berlebihan sehingga menyebabkan Fathia tidak lagi kelihatan seperti dahulu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain