PELAKON Datin Intan Najuwa mengumumkan dia dan suami bakal menimang anak perempuan tidak lama lagi. Menerusi Instagram, Intan, 27, menganggap kehadiran cahaya mata itu merupakan hadiah terbaik sepanjang hidupnya. Malah ketika berkongsi berita gembira itu, Intan turut menyambut ulang tahun kelahiran dan perkahwinannya. Intan bakal timang cahaya mata perempuan. “27 dan 365 hari berkongsi mimpi, ketawa dan cinta. “Ini tahun pertama dan selamanya, syukur sangat-sangat. “Inilah adalah hadiah terbaik yang pernah ada, kami akan dapat bayi perempuan,” katanya. Intan menulis perkara tersebut berserta video dia dan suaminya iaitu usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman sedang mendedahkan jantina bayi mereka menerusi kek bewarna merah jambu. ARTIKEL BERKAITAN: Bakal bertiga, Intan Najuwa hamil anak sulung ARTIKEL BERKAITAN: Teruk alahan hamil anak pertama... Intan Najuwa tak boleh bau kuda, nak muntah tengok pasu dan langsir di rumah Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi gembira atas kurniaan itu dan mendoakan urusan bersalin Intan dipermudahkan. “Mesti bayi tu comel macam ibu dia, tak sabar... selamat hari lahir dan semoga Allah lindungi awak di mana pun awak berada. “Tahniah, bayi perempuan, mesti cantik macam ibunya... semoga dipermudahkan urusan bersalin selepas ini. Intan umum dirinya mengandung Julai lalu. “Alhamdulillah, pasti anak ni comel dan bijak macam ibunya,” tulis netizen di ruangan komen. Untuk rekod, Intan sah bergelar isteri kepada Ahmad Azraf pada 18 Ogos tahun lalu. Intan sebelum ini pernah memberitahu mahu berehat daripada dunia seni buat sementara kerana ingin memberi fokus kepada urusan rumah tangga. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!