suria

Puteri Sarah kongsi kata-kata semangat, peminat awal-awal dah pesan ‘jangan get back’

Perkongsian Puteri Sarah di IG mencuri perhatian ramai.

PERKONGSIAN kata-kata semangat yang dimuat naik pelakon Puteri Sarah Liyana di laman Instagram menarik perhatian pengikutnya.

Dalam hantaran tersebut, Sarah atau atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, menitipkan pesan supaya orang ramai tidak mudah berputus asa meskipun berdepan dengan ujian besar dalam hidup.

"Sentiasa ingat bahawa anda boleh menjalani hari-hari yang buruk dalam hidup.

Netizen memberikan sokongan buat Puteri Sarah dalam meneruskan hidup.

Netizen memberikan sokongan buat Puteri Sarah dalam meneruskan hidup.

"Namun beberapa minggu kemudian, anda boleh menemukan hari yang terbaik dalam hidup anda. Teruskan berusaha," tulisnya di laman tersebut pada Selasa.

Biarpun tidak menujukan kata-kata tersebut kepada mana-mana individu, namun rata-rata netizen mengaitkan perkongsian yang dibuat oleh pelakon drama Polis Peronda dengan kisah silamnya bersama bekas suami iaitu pengarah Syamsul Yusof.

Kebangkitan Puteri Sarah dalam meneruskan kehidupan menerima pujian ramai selepas melalui pelbagai cabaran dalam rumah tangga sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum dua tahun kahwin, Syamsul Yusof dan Ira Kazar tiada persefahaman... Peguam sahkan telah fail cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Mediasi di mahkamah gagal, Puteri Sarah dan bekas pekerja sambung 'perang' di IG

"Ini contoh wanita mahal kelas atasan. Jangan bagi orang pijak kepala kita. Dia (Puteri Sarah) berhak bahagia dengan cara dia sendiri. Jangan nak suruh get back (dengan bekas suami) kerana dia sudah bahagia sekarang.

"Mungkin pada masa lalu Tuhan menguji sejauh mana keimananmu, kini tanpa perlu buat apa-apa Tuhan sudah menjawab semuanya," tulis netizen.

Pada Isnin, peguam syarie yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Rais mendedahkan pengarah berkenaan telah memfailkan cerai terhadap isterinya iaitu Ira Kazar.

Permohonan cerai itu dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Kata Azmi, Syamsul membuat tindakan tersebut kerana mereka tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan yang dibina.

Netizen tidak mahu Puteri Sarah

Puteri Sarah memberikan semangat untuk tidak mudah berputus asa.

Untuk rekod, Syamsul dan Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.

Sebelum itu, Syamsul pernah berkahwin dengan Puteri pada 8 Mac 2014 namun perkahwinan sembilan tahun mereka itu berakhir dengan penceraian pada 14 Jun 2023.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhu Islam, 7, dan Sumayyah, 5 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain